Tuesday, November 20, 2012

nikmat yang ditarik

                                          image : credit to Facebook

Sehari selepas menjalani pembedahan mata, seorang sahabat datang melawat bersama kawan beliau. Dalam perbualan bersama mereka, sempat kawan beliau berkata, "Bila nikmat itu dah ditarik, baru kita hargai nikmat itu, kan?"
Tidak fikir yang beliau memerli, aku senyum dan mengangguk tanda setuju dengan kenyataan itu.

Sebenarnya sudah hampir 4 bulan aku merasai nikmat mata kanan aku ni hilang sedikit demi sedikit. Memandangkan ia berlaku sedikit demi sedikit, aku anggap ia bukan sesuatu yang serius walaupun sedikit sebanyak menggangu aktiviti seharian. Namun, sejak 2 bulan lepas, aku tak berani untuk memandu kereta pada waktu malam, untuk memandu pada siang hari aku gagahkan juga walaupun untuk melihat cermin sisi kanan, aku terpaksa menoleh menggunakan mata kiri sepenuhnya.

Apa yang membuatkan aku tergerak hati untuk menjalani pemeriksaan di klinik adalah apabila aku rasa ia semakin mengganggu dan memberi ketidakselesaan pada vision. Separuh mata kanan aku tak nampak langsung sebab gelap terus dan separuh lagi kabur & objek nampak tertarik ke tengah.

Ketika latihan badminton untuk PTP Sport Day, banyak pukulan dari pihak lawan aku tak dapat nak ambil sebab aku tak dapat mengagak di mana spot sebenar bola itu berada untuk aku pukul. Hasilnya, banyak yang aku pukul angin sahaja, sampaikan kawan-kawan menegur.

Mulanya, aku pergi ke klinik PTP pada suatu hari bekerja. Dr.Geeta mengatakan luaran mata aku nampak normal, tapi dia memerlukan bantuan pakar untuk melihat sebenar keadaan mata aku. Beliau mengarahkan aku ke Hospital Pakar Puteri (PSH) untuk berjumpa Dr.Shahimi secepat mungkin lalu membuat surat rujukan ke PSH.

Keesokan harinya, aku menjadi pelawat pertama ke klinik Dr.Shahimi di tingkat 5 PSH. Hasil pemeriksaan, Dr.Shahimi mengarahkan aku membuat pembedahan mata kanan kerana menurutnya ia kes serius. Aku bertanyakan puncanya, Dr.Shamimi menerangkan dengan panjang lebar. Punca utama ialah rabun jauh tinggi di mana bebola mata lebih panjang dari mata normal. Faktor utama lain adalah kemungkinan pernah berlaku hentakan/tusukan/gegaran kuat akibat kemalangan contohnya. Jelas Dr.Shamimi lagi sambil menunjukkan replika mata yang mengandungi lapisan & saraf yang kompleks, terdapat beberapa saraf retina aku yang koyak dan beberapa yang semakin menipis berpotensi untuk koyak. Di dalam mata kita, terdapat sejenis cecair semulajadi. Disebabkan oleh koyakan-koyakan saraf, cecair tersebut masuk ke dalam lapisan yang menutup titik penglihatan aku. Sebab itu aku nampak separuh gelap dan separuh kabur. Pembedahan harus dilakukan untuk menampal koyakan dan mengurangkan potensi koyakan untuk saraf yang menipis. Namun begitu, beliau bukan surgeon yang layak untuk kes ini, lalu memberi aku dua pilihan; ke hospital HSA JB atau KL kerana cuma terdapat 2 orang pakar untuk kes ini. Aku memilih untuk ke HSA JB kerana lokasi dan Dr.Shahimi membuat surat rujukan untuk pemeriksaan lanjut ke HSA JB dan memberi MC selama 7 hari.

Pada hari yang sama, sejurus itu aku ke HSA JB dan menyerahkan surat kepada kaunter Klinik Mata HSA. Kebetulan doktor yang bertugas adalah sepupu aku, Dr.Anjah. Anjah memang terkejut tengok surat aku dan bergegas mencari aku di ruang menunggu lalu bertanya bermacam-macam soalan. Hasil pemeriksaan, Anjah membuat surat rujukan untuk aku membuat pemeriksaan lanjut di Hospital Selayang kerana surgeon yang dimaksudkan di HSA dalam proses untuk resign dari berkhidmat di HSA. Oleh kerana tiada pilihan lain dan pembedahan harus dibuat, aku akur untuk ke Hospital Selayang selang 4 hari berikutnya.

Di Hospital Selayang, aku berurusan dengan Dr.Zabry. Hasil pemeriksaan dan perbincangan bersama, aku bersetuju untuk menjalani pembedahan selang dua hari berikutnya. Pembedahan yang mengambil masa satu jam itu merupakan detik yang paling bersejarah aku kira, sebab dapat melihat sendiri apa yang dilakukan oleh Dr.Zabry & staff nurse walaupun sedikit kabur. Jarum kecil, besar, gunting, benang, tali dan macam-macam ubat dan mesin bantuan silih berganti di minta oleh Dr.Zabry untuk dihulurkan oleh staff nurse. Kami di dalam operation theater itu berbual mengenai bermacam perkara sepanjang pembedahan itu membuatkan masa berlalu dengan pantas. Sakit, memang sakit. Tapi itulah harga yang perlu dibayar untuk mendapat balik nikmat yang ditarik ini, In Sha Allah.

Alhamdulillah, sekarang aku berada di rumah, dalam masa 30 hari MC yang Dr.Zabry berikan. Anjah pun galakkan aku untuk merehatkan mata secukupnya. Masih rasa sakit dan masih kabur penglihatan mata kanan ni. Tapi apa yang dulu aku nampak gelap, sekarang sudah ada peningkatan, aku boleh nampak cuma kabur dan bukan dalam bentuk yang tepat. Objek kelihatan mengecil dan seakan kemek. Tapi itu sudah cukup bagus berbanding sebelum pembedahan di mana cuma gelap yang aku nampak. Alhamdulillah, walaupun ia mengambil masa untuk pulih sepenuhnya dan power rabun jauh mata kanan makin bertambah.

Ada lagi satu peringkat yang perlu aku lalui. Selepas sebulan, aku perlu kembali ke Dr.Zabry untuk pemeriksaan lanjut. Menurutnya, kalau hasil pemeriksaan menunjukkan positif, pembedahan ini dikira berjaya. Namun sekiranya pemeriksaan menunjukkan sebaliknya, aku perlu menjalani pembedahan ini sekali lagi. Aku  berdoa agar cukuplah satu pembedahan saja. Tolong doakan untuk aku juga.

Walaupun sedikit nikmat ditarik, terlalu banyak nikmat Allah yang aku masih ada dan perolehi. Sokongan keluarga dan kawan-kawan sekerja, semuanya nikmat yang tak mampu diganti sampai bila-bila. Terima Kasih Allah atas ujian ini & Terima Kasih kerana menyedarkan aku untuk terus bersyukur atas segalanya limpahan kurniaMu.

Alhamdulillah. Terima Kasih Allah.

Monday, May 16, 2011

PTP, again

Hari ni 16 Mei 2011, hari terakhir aku berurusan dengan UTM.
Dah submit thesis & forms yang berkaitan. Lepas ni tinggal tunggu results yang lagi 1 subjek je yg belum tahu keputusannya, & slip official keluar. Yang lain, semua dah settle. Alhamdulillah.
Bila Dr.Zaly cakap, 'tahniah', perasaannya sangat puas. Alhamdulillah.
terima kasih pada dr. yang banyak membantu hingga semua selesai.
dialah seorang saja lecturer kami utk semua subjek & juga supervisor utk thesis kami semua.
selain tu ada lagi part time master students, full time & part time phd students yg juga under his supervision, lagi menakjubkan ada student dari universiti lain juga.
Dr.zaly kelihatan penat, tapi dia tetap bersemangat dalam setiap kelas. Dan dia pernah kata, harap2 janganlah Allah 'ambil' dia sekarang ni sebab ramai student master & phd still under his supervision. tengoklah betapa dia pentingkan students dia.

Selepas ni, 18 Mei 2011, hari pertama aku bekerja semula kat Procurement Department, Port of Tanjung Pelepas.
aku tinggalkan PTP in 2007, utk pegi ke Flextronics yg jiran PTP je hehe.. Skrang aku pergi PTP semula..
Masa interview dgn Pn.Zu, boss yg sama masa aku kerja kat sana dulu, dia ckp apa yg dia boleh janjikan adalah stressful environment. Yer aku tau tu. Dulu itulah yg aku blajar di PTP, aku takut gak ni, tapi aku rasa aku nak take this challenge. Tapi yg buat aku sedih sikit, ex superior yg dulu ambil aku yg hina ni utk masuk PTP 2006 dah behenti keje, seminggu sebelum aku pegi interview bulan lepas. Ralat juga la. I owe her much. Walaupun dia outspoken, laser, lantang dan semua yg menakutkan, dia tetap seorang yg hati mulia. Hehe. So skrg aku kembali, bekerja semula satu ofis dengan azam, kawan dari Uitm lagi. Dia juga lah yg call suh aku try interview. Dia kata aku dah pernah buat kerja ni dulu, dah tau system, should be senang.. hurm maybe la jugak, tapi aku tetap nervous. Dulu aku bole bagi 100% komitmen. Tak pernah aku balik sharp 5.30 ptg. Paling awal kul 6. Kadang aku dtg seawal 7.15am. Kerja sampai 12 tgh malam pun boleh. Hari2 buka posa kat ofis pun tak pe. Sabtu datang kerja pun aku rela. Tapi dulu aku bujang. Sekrang dah lain. Aku rasa nak tunggu sampai kul 6 or 6.30 ptg pun dah risau. Tapi itulah kerja kat procurement ptp. Mampukah aku.. Memandangkan kerja yg dioffer adalah setahun kontrak (time interview kata permanent, then call kate kontrak pulakk), aku accept je sementara tak de kerja. Kalau aku boleh handle kerja, & mereka tak kisah dengan aku punya komitment lain, mungkin boleh teruskan kalo mereka offer permanent setahun akan dtg..

Apa yang aku harapkan cuma Allah membantu aku dalam mempermudahkan semua urusan..

Kawan2 di Flex, kita boleh lunch sama yerk!

Thursday, May 12, 2011

H.A.P.P.Y.


10 May 2011 was the day for our MSc viva voce.
Aku, Khairiel, Deo & Wan Zul telah dijadualkan untuk present on research masing-masing.
Giliran aku yang pertama, pukul 9.00 am - 9.30 am.
Seperti aku cuba cool kan diri sendiri. Bila Dr. Zaly tanya aku dah sedia ke, aku jawab ya!
Haha confident, tapi dalam hati nervous nya.
Bila nak start je, Dr.Zaly cakap, kami tak perlu present lama2. 20 minit saja.
Sebab dia dah baca thesis kami, so tak perlu explain lagi. Cuma tekankan pada finding & analysis.
Wah itu sudah bagus, kurang sikit nervous aku.
Alhamdulillah aku bermula dengan baik, dan terus lancar hingga ke akhir presentation.
Tak lama sangat rasanya nak habiskan 20 slides tu. Aku rasa tak nervous sangat dah.
Tak menggigil2 mcm aku present subjek Global haritu.. Mungkin ni sebab present depan Dr.Zaly sorang je, ngn rakan2 presenter yg lain yang sibuk dengan persiapan terakhir sebelum giliran mereka tiba. Takat audience 3 orang, tak perlulah nervous lebih2 kot hehe..
Then question & answer session.
Lega bila Dr.Zaly cakap, " i enjoy reading your thesis".
Hah maksudnya nasib aku baik.
Then ada satu, dua soalan saja..Alhamdulillah aku boleh jawap & Dr.Zaly angguk2 puas hati.
Makin aku lega.
Lepas tu dia bagi suggestion untuk tambah satu point penting. Then aku dengan hati terbuka kata ok, saya akan buat.
Dan itu saja, selesai bahagian aku. Bila aku balik tempat duduk, aku tengok jam laptop, 9.29am.
Hah maksudnya aku sangat on time.. Alhamdulillah..
Tapi yang paling penting, research aku dah lulus!
Gembira dan sangat gembira.. Sebab research ni la yang menjadi ketakutan terbesar bagi kami, kot2 tak lulus research kena repeat lagi kan. alhamdulillah kami ber4 semua lulus dengan perlu buat beberapa pembetulan kecil.
Tak pernah rasa segembira ini..or sebenarnya selega ini.. Perasaan yang lega & yang bebas...

Happiness and balloons
pic credit to elan.typepad.com

Alhamdulillah.
Terima Kasih Allah kerana mengizinkan aku menyempurnakan tugasan ini dari mulanya.
Terima Kasih Allah kerana mengizinkan aku merasai cabarannya.
Terima Kasih Allah kerana memudahkan segala kesulitan.
Terima Kasih Allah kerana mengizinkan aku merasai perasaan gembira ini.
Alhamdulilah


Wednesday, April 13, 2011

minggu terakhir dalam kelas

Minggu ni semua assignments kena hantar, semua presentation kena settle kan.
Minggu depan dah minggu study leave.

Cuma yang tinggal thesis yang tak tau status nya ok ke tak.. *menakutkan*

Kalau thesis ok, akan ada viva *menakutkan jugak* untuk defend thesis tersebut.

Kalau semua ok, insyaAllah aku akan habis sem ni juga..

Tunggu dan tunggu keputusannya..

Thursday, March 17, 2011

he is now 30


My husband birthday, 123 or 12 March.. Aku memang susah nak ingat nombor, jadi aku kena buat ia sesuatu yang menarik atau senang untuk diingat. Atau aku takkan ingat langsung. Number makes my life miserable, most of the time.

On the night before, kitorg pergi jumpa Awer untuk ambil coklat yg aku pesan.. utk birthday ijal ler, & utk kitorg rasa laa.. nak support kawan2.. ;) Sedap... Tak cukup nak makan..
Siapa nak order silakan jer ke blog beliau itu







Happy 3oth birthday, b.. Huhuh how is the feeling of being 30? Best la kot huaahua..


Friday, March 11, 2011

breaking news

Tsunami berasal dari perkataan Jepun, bermaksud ombak pelabuhan. Dan semalam ombak pelabuhan itu telah 'memakan' seluas kawasan termasuk airport & pelabuhan penting di negeri dari mana perkataan itu sendiri berasal, Jepun gara-gara gempa bumi 8.9 skala ritcher. Tengok betapa limpahan air besar yang bergelora menyapu habis semua yang ada.

Gempa bumi yang terbesar itu bukanlah gempa yang pertama, juga bukan yang terakhir di Jepun tu. Sebelum itu dah beberapa kali gempa dalam skala 6,7 berlaku, then baru yang besar ni. Even lepas yang besar tu pun, ada sekurang-kurangnya 50 gegaran susulan di Jepun.

Punca utama gelombang tsunami adalah pergerakan muka bumi dasar laut yang
berpunca daripada gempa bumi dasar laut. Gempa bumi tsunami berlaku pada zon
terbenam "subduction zones" di mana kepingan kerak bumi atau "lithosphere" yang
dikenali sebagai plak tetonik bertembung sesama sendiri menyebabkan satu
daripadanya terbenam di bawah yang satu lagi. Zon terbenam "subduction zones" terdapat di seluruh dunia, tetapi lokasi yang paling dikenali adalah di sepanjang lingkaran Cincin Api Pasifik yang terletak sepanjang pantai barat Tengah dan Selatan Amerika, Jepun, dan Filipina, merentasi New Zealand, ke lautan Atlantik (credit to Mohamed Yosri Mohamed Yong).

Tapi angka kematian & yang hilang dek tsunami di Jepun jauh lebih kecil berbanding dengan tsunami di Acheh 2004. Mungkin ini kerana rakyat Jepun telah dididik untuk mengambil langkah berjaga-jaga sejurus ada gegaran atau amaran. Gempa bumi perkara biasa di sana, oleh itu kerajaan mempunyai teknologi yang mampu menjangka perkara seperti itu. Bangunan2 juga ada yang masih berdiri tegak walaupun dijamah ombak tsunami, mungkin teknologi juga membantu untuk menghasilkan bangunan yang anti gegaran. Sekurang-kurangnya Jepun telah mengambil langkah yang cukup membantu walaupun masih banyak kerosakan / korban disebabkan bencana itu.

Sehingga tengahari ini, Jepun telah mengisytiharkan darurat terhadap loji nuklearnya. Gara-gara kerosakan, loji tersebut mungkin akan melepaskan bahan radioaktifnya. Kerajaan jepun sedang berusaha untuk melakukan yang terbaik.

Tidak lupa juga kesan ekonomikal. Jepun negara gergasi yang manufacture elektronik & lain-lain. Sony sahaja terpaksa tutup beberapa kilangnya kerana mengalami kerosakan. Saham Jepun jatuh. Malaysia juga akan terkesan juga sebab Jepun merupakan antara pelabur terbesar di sini, dalam maksud lain beberapa peratus kita bergantung kepada dia secara ekonominya. Mungkin harga barang yang berkaitan akan naik, mungkin ada yang kehilangan peluang perniagaan dan macam-macam kemungkinan lagi.

Dimana kita berada, semoga Allah melindungi kita semua.

*Today is my husband birthday, & all i have to think is about thesis & assignment, & this tsunami huuhu.

Thursday, February 24, 2011

U t u s a n K e J a n n a h

Baru lepas menonton drama Utusan Ke Jannah kat tv1. Jarang aku nak stick lama2 depan tv semata-mata nak layan 1 cerita. Tapi drama ni berjaya membawa aku ke akhir cerita, & yang tak best nya aku tersebak & hampir menangis juga hehe.. Mungkin keberkesanan Zul Huzaimy yang jadi anak baik, dan juga Ahmad Tarmimi seorang yang bongkak akhirnya terkulai & menangis buat aku tersentuh. Kenapa yer. Mungkin aku ada kaitan dalam cerita tu. Mungkin.

Aku terkesan dengan ayat2 skrip drama tu, ada part yg menyedarkan aku betapa aku tak buat perkara yang betul selama ni. Drama ni menyedarkan aku.

Bukan sekali aku nak termenangis sepanjang cerita 2 jam tu, beberapa kali juga la. Aku terlalu emosi ker ataupun drama tu betul2 efisien dalam menyampaikan mesej2. Apapun, aku sukakannya. Jarang aku nak puji benda ni hurm.

Terima kasih kepada drama ni. Terima kasih kerana menyedarkan aku.
May Allah bless me and amily.