Thursday, February 24, 2011

U t u s a n K e J a n n a h

Baru lepas menonton drama Utusan Ke Jannah kat tv1. Jarang aku nak stick lama2 depan tv semata-mata nak layan 1 cerita. Tapi drama ni berjaya membawa aku ke akhir cerita, & yang tak best nya aku tersebak & hampir menangis juga hehe.. Mungkin keberkesanan Zul Huzaimy yang jadi anak baik, dan juga Ahmad Tarmimi seorang yang bongkak akhirnya terkulai & menangis buat aku tersentuh. Kenapa yer. Mungkin aku ada kaitan dalam cerita tu. Mungkin.

Aku terkesan dengan ayat2 skrip drama tu, ada part yg menyedarkan aku betapa aku tak buat perkara yang betul selama ni. Drama ni menyedarkan aku.

Bukan sekali aku nak termenangis sepanjang cerita 2 jam tu, beberapa kali juga la. Aku terlalu emosi ker ataupun drama tu betul2 efisien dalam menyampaikan mesej2. Apapun, aku sukakannya. Jarang aku nak puji benda ni hurm.

Terima kasih kepada drama ni. Terima kasih kerana menyedarkan aku.
May Allah bless me and amily.

Tuesday, February 15, 2011

C a b a r a n

Aku sukakan cabaran. Tak tau apa alasannya, tapi aku suka.
'Cabaran' yang aku faham ialah perkara-perkara yang belum kita buat, tapi kita diberi peluang untuk buat, yang mana akan ada kesan baik kalau kita buat dengan baik dan kesan buruk kalau kita buat tak begitu baik.
Selalunya perkara yang buat aku gembira untuk take a challenge, at the 1st step, aku fikir positif, aku fikir aku boleh buat, dan aku akan dapat results yang baik daripada cabaran itu at the end of the day.
 

Aku sukakan cabaran masa belajar juga. Aku berhenti kerja untuk belajar full time sebab aku rindukan cabaran-cabaran masa belajar. Aku rindu nak datang class, study notes, bekerja keras buat assignment, nervous of final exam, memerah otak masa jawab exam & yang paling aku rindu nak rasa happy dapat keputusan exam yang best. Masa kerja ada ke perasaan happy ni? Dulu aku ngn kawan-kawan baik sekelas, siap bermasam2 muka kalau antara kami dapat results lagi baik. Cemburu yang sihat, sebab lepas tu kami akan pergi library study sama, buat notes sama, tolong explain sama kalau tak faham.. Seronok.. . Yer benda-benda ni lah yang beri aku semangat & rasa seronok nak belajar. On the other side maybe nak juga improvement untuk diri sendiri, tapi i just love the process of study. Aku suka belajar benda-benda baru. It makes me feel good. Entah, aku tak tau orang lain macamana, tapi aku tau itulah perasaan aku.

And kelmarin, buat kali kedua untuk sem ni, aku jumpa Dr.Zaly untuk appointment diskus research progress. Perasaan jumpa personally mcm ni selalunya tak berapa gembira sebab dlm masa sejam, selalunya akan di'condemn' habis-habisan. Yer aku tau aku tak buat sebaiknya sebab aku pun tak berapa faham objektif di akhirnya. Tapi aku tahu secara technicalnya aku dah ada berada dalam satu research yang baik. Setelah beberapa kali communicate dalam email, akhirnya Dr.Zaly beritahu secara terangnya apa yang sepatutnya aku buat. Lagi banyak benda yang aku kena buat & semuanya melebihi apa yang aku jangka. Dr Zaly ckp, kalau aku ni Degree student, for sure dia dah accept reseacrh aku, tapi aku Master student, mesti ada thinking element sepanjang buat research itu. Aku cakap kat dia, aku tengok kawan aku punya Master research dari U lain, sangat-sangat senang, tak macam yang aku perlu buat ni. Dr Zaly cakap, sebab tu lah UTM ni dapat title "Research University" dan U itu tak dapat pun title tu. Aku terdiam, bersetuju la kiranya. Dia cakap lagi, even course Master in Science Transportation Planning kat UTM yg aku ambil ni, among 50 top courses in the world. Makin aku terdiam, terubat perasaan terkilan tentang research aku yang dia kata belum puas hati lagi. Dan, akhirnya aku balik dengan perasaan gembira, berkobar-berkobar, sebab aku take Dr.Zaly words as a new challenge. Aku positif dengan itu. Gembira menjadi salah seorang dalam course yang terbaik di dunia. Kalau kerja, ada? ;) Well, aku teruskan buat research dengan lebih baik sebab aku dah faham apa Dr.Zaly expect & apa university expect too. Dont worry Dr.Zaly, i'll make sure you won't regret for supervise my research all this while. And i'll make sure i make it by this sem, not the other additional sem. InsyaAllah. Bless me Allah. Bless Dr. Zaly and his family too. Bless everyone too.