Tuesday, December 14, 2010

Hari ini Faiq berumur 2 tahun 2 bulan.

Dah lama tak tulis pasal Faiq. I think i missed a lot, by not to write about him. Only now i realized that I should write every single new 'achievement' along this his early growing up years. Sayang kan tak tulis. Bukan apa, kalau ada tulis, at least aku sendiri boleh baca & ingat balik his progress sebab aku sangat mudah lupa.

Faiq mula sebut 'ayah' dan perkataan-perkataan mudah lain dalam bulan Mac yang lepas, iaitu pada umur dia setahun 5 bulan. Sejak itu, hari-hari dia belajar menyebut perkataan baru sampailah bulan Disember ni, dia dah boleh baca doa makan 80% betul dengan pelat, berzikir selawat syifa' 70% dengan pelat, azan beberapa baris awal & juga menyanyi beberapa baris lagu popular Syahir (bunga yang layu pada musim luruh), Kristal (selagi ada rindu, selagi ada waktu) & juga selawat2 dan zikir2 yang ada kat astro oasis. Kalau tanya, faiq nak tanya apa, jawabnya, 'imam muda'. Amiin. Oh ya, dia kenal Asyraf, sang juara Imam Muda yang lepas & beberapa imam muda lain yang selalunya dia kenal sebab tengok azan.

Dia juga dah obses dengan kartun-kartun Wonderpets, Upin Ipin & Finley The Fire Engine yang dia panggil kartun "Are you okay?". Sebab 1st time dia tengok kartun Finley ni 2 bulan lepas, ada dialog antara mereka yang mengandungi kata-kata 'Are you okay?' 'Yes'. Sejak itu dia akan cakap nak tengok kartun Are you okay, Yes!. Dia suka cerita Halimah Jongang, pelakon-pelakonnya pun dia kenal. Kalau ada pelakon dalam cerita Halimah Jongang tu kat drama lain, dia akan kata cerita Halimah Jongang jugak. Faiq suka tengok binatang-binatang, Channel Animal Planet, dengan rancangan National Geoghraphic yang ada pasal binatang semua dia tengok dengan penuh minat & mulut dia tak habis-habis kagum cakap pasal binatang-binatang tersebut. Ayah ada belikan dia rabbit & dia sayang rabbit itu & juga kucing-kucing kat rumah ni.

Faiq suka makan sayur, especially broccoli, carrot dengan bunga kubis, dengan telur. Makanan ni kalau dia nampak memang tak boleh nak tahan. Segala jenis buah-buahan pun menjadi obsesi dia, especially anggur, pisang, limau, tembikai, betik huh semua laaaaa.. Mesti dia nak makan. Yang lain ada masanya dia tak nak makan juga. Cuma perangai dia, dia akan makan dan makan sampai satu tahap dia akan muntah semula.

Kadang-kadang faiq belajar & praktik sesuatu yang baru tanpa kami sedari. Pelik kalau tiba-tiba dia cakap perkataan baru, sedangkan kami tak pernah sebut. Or dia buat perkara yang baru, sedangkan dia tak pernah tengok kami buat. Ada baiknya hantar dia dekat rumah pengasuh, dia bergaul dengan orang lain juga, belajar situasi berbeza dari orang yang berbeza. Tak sabar nak hantar faiq pergi taska nak suruh dia belajar & dedahkan pada benda yang berbeza pula. Faiq mungkin jenis yang cepat belajar, cepat berfikir & cepat bertindak, secara berdikari. Dia tak kekok nak bersosial dengan kanak-kanak sebaya dia, tapi dia sebenarnya lagi selesa nak bermain dengan kanak-kanak yang jauh lebih dewasa dari dia. Dari sudut yang lain, dia juga seorang yang manja & selalu nak didampingi. Itu yang dapat aku perhatikan pada dia.

Ramai yang cakap Faiq seorang budak yang cerdik. Amiin. Aku tau hampir semua saudara & jiran2 kat kampung ni suka dengan dia. He is too popular rather than me! Yeah its true. Pergi ke mana pun dengan faiq, akan ada suara-suara yang panggil faiq. Even aku ke kedai-kedai, ada saja orang yang kenal Faiq, sedangkan aku tak kenal pun siapa mereka itu. Pergi kenduri pun, orang akan tanya mana Faiq? Kitorg nak Faiq jer.. Hmm Kalau ada saudara mara yang pergi bercuti, jalan-jalan tempat lain, Faiq tak pernah dilupakan. Ada je souvenir untuk dia, especially baju. Dah lebih 20 pasang rasanya baju-baju yang faiq dapat pemberian dari saudara mara. Oh ya, kalau pergi kedai, faiq pun selalu dapat goodies free sebab maybe tauke2 pun minat kat faiq ;) Itu belum cakap pasal duit dia. Cukuplah aku cakap, setakat umur dia 2 tahun, dia punya saving, tak jauh beza dengan saving ASB aku (sebab ASB aku asyik korek sejak tak kerja ni, buat bayar yuran etc hihihi alasan). Duit sumbangan sejak dia lahir, duit raya & duit yang orang bagi dia sebab suka kat dia, aku simpan buka kan ASD, kalau betul2, ternyata boleh cukup untuk menampung kos dia nak belajar kat universiti nanti, insyaAllah. Faiq memang murah rezki. Alhamdulillah. Syukur.

Faiq dah petah bercakap sekarang ni. Kalau kami berbual-bual, dia dah boleh keluarkan kesimpulan sendiri & buat susunan ayat yang betul untuk ekspresikan pendapat or perasaan dia pula in reflect to topic perbualan kami. Argh terasa faiq dah besar. Bila tengok gambar dia baru lahir, rasa sayang nak tengok dia lagi dewasa.
Oh, sila jangan tanya bila faiq nak ada adik, yer aku masih merancang kerana banyak faktor yang perlu difikirkan untuk ada adik faiq, sebab aku bukanlah seorang yang cukup sempurna untuk itu.

Apapun, Allah yang menentukan.
Terima kasih Allah, untuk semuanya.