Tuesday, May 18, 2010

mereka

Melihat rumah baru mereka kat depan mata buat pertama kali buat aku rasa kagum. Melangkah masuk, perasaan segan + gugup semua ada.Tapi mujurlah orang nya memang aku dah kenal & dah berbual mesra beberapa kali kat rumah mereka yang lama. Kalau bukan Ijal yang 'paksa', confirm aku tak nak masuk walaupun sekali. Aku hormat mereka sebagai keluarga kenalan Ijal pada mulanya, & tak sangka dapat tau mereka kenalan ayah aku gak & anak sulung pemilik rumah kenal aku sebagai JPK Kolej Melati Uitm S.Alam dulu (haha series aku xpernah perasan dia kat kolej..! & dia kata ayah kami pernah berjumpa & berbual2 time kat kolej.. langsung aku xingat hehe) & paling memeranjatkan isteri pemilik rumah itu pernah berada di kenduri saudara rapatku n mengatakan dia juga saudara kepada saudara rapatku itu! What a small world kan..

Setelah 4,5 kali datang bertandang ke rumah besar itu, baru kunjungan yang kali ni rasanya melengkapkan eksplorasiku ke segenap sudut.

Hasil pemerhatian aku, di antara benda yang buat aku amazed adalah:

Kawasan depan rumah

  1. Ada mini taman yang cantik. Ada meja & kerusi bulat. Kalau lepak duduk2 time malam memang best.
  2. Kereta2 pemilik isi rumah bersusun; Honda Civic, Perdana V6 & 4 kereta lain2 jenis tersusun kat depan.
  3. Ruang yang bermozaik kat depan mmg besar, faiq suka main lari2 dari depan ke dapur belakang sebab dia bersambung direct. Luas giler..

Ruang tamu / main hall: (ni mmg aku lepak sini je la most of the time sambil sembang2 dgn pemilik rumah & isteri & family)

  1. dekorasi dalam rumah yang kemas, teratur dgn set perabot yg gah2 belaka.
  2. carpetnya sangat lembut (haha faiq suka golek2)
  3. segenap ruang ada aircond yang kat cornish atas. Mcm dulu kat kelas baru uitm ada aircond gini hihi..
  4. tv lcd yang paling besar incinya dilengkapi dengan set perabot tv yang menampakkan lagi keistimewaan tv itu.
  5. sebelahnya ada alat exercise yang utk berjalan / berlari yang berjenama terkenal beharga RM5k. (ni favorite spot faiq gak haha)

Bilik tidur utama: (tumpang sembahyang kat bilik ni.. segan dowww)

  1. Katil besar + tilam mewah yg kelihatan selesa dgn tersusun kemas beberapa selimut di satu sudut.
  2. TV lcd yg sedikit kecil dari TV di ruang tamu. Tp aku yakin tv saiz ni laa yg ada kat main hall rumah kitorg ;)
  3. Almari solek yang besarrrrrrr yang tersusun rapi setiap item yang sangat banyakkk di atasnya. Item2 termasuklah krim2 penjagaan kulit & muka dari jenama terkenal, dari botol kecik sampai ke botol besar, perfumes, bedak & benda2 basic laa.. Tapi mmg sangat banyakkkk macam utk 10orang punye padahal aku tau cume 2org je stay bilik tu & yg aku kagum, semua sangat tersusun cantik jeee…
  4. Masuk ke toilet.. sekali lagi aku terpaku jap.. Memang se-class hotel 5 star dia punya material & decoration. Even lebih dari 5-star. Di belah atas tempat simpanan barang, kelihatan 5,6 helai tuala yang terlipat kemas. Di tempat sebelahnya terdapat fewwwwwww 4,5 botol shower foam yg botol besar, sedozen kotak toothpaste yg besar, syampu berbotol2 besar, & beberapa lagi toiletries yang semua besar2 & banyakkkkk yang tersusun rapi jeee. Ni semua stok la, cuma aku tak sure ni stok utk toilet master bedroom tu saje or stok utk the whole toilet yang ada kat rumah tu. Aku bersangka baik la, mesti untuk semua toilet seisi rumah kan , sebab kalau utk toilet tu je, aku tak boleh terima hahah sebab aku dapat bayangkan kat 4,5 bilik air yg lain stok dia pun sebanyak itu!

Ruang atas

  1. Ada 4 bilik. Setiap bilik ade toilet yang cantik & aircond & tv lcd. Pemilik rumah ada 3 orang anak, setiap seorang 1 bilik, & 1 bilik untuk adik perempuan kepada pemilik rumah itu.
  2. Di hall tengah, ada ruang yg agak besar, tak banyak perabot tapi selesa untuk santai2. Ada sebuah peti sejuk untuk kemudahan awam hihi.

Dapur

  1. Ada dapur basah, ada dapur kering. Tapi most of the time, makan kat dapur basah which is not basah pun laa.. Cuma ia lebih airy & besar sebab kat luar. Beratus2 koleksi mug warna warni bermacam bentuk cantik disusun kat satu almari berkaca yang besar.Kemas. Cantik. Menarik.
  2. Kabinet, meja, sink & everything cantik, kemas & teratur.
  3. Peti ais.. confirm laa yang 2 pintu, pintu yg sebesar pintu rumah. Bila buka peti ais, tak jauh beza dengan peti sejuk kat mini market or tak melampau kalau dikatakan isinya kurang sikit saje dari peti ais 7eleven. Air vitagen berwarna warni berdozen2, yogurt juga berdozen2, jus buah2an berkotak2, coklat kinder bueno juga berdozen2 dan bermacam2 jenis lagi yang berdozen2 & yang pastinya sume tersusun & tersusun. Aku kagum. Tak heranlah kalo sejam kami berada di rumah tu, faiq minum 2,3 air vitagen & kinder bueno siap diberi tapau bawak balik, n kemarin diberi tapau yogurt bawak balik. Pernah gak faiq dihadiahkan teddy bear mini yg comel. BUKAN KAMI YG MINTA OK... adess malu sebenarnya..
  4. Di satu sudut, tersusun juga air kotak pelbagai perisa (yg isi ada 6 kotak kecik), ada berkotak2 besar. Faham kan ? Maksudnya banyak laa.. Ada juga makanan2 lain yg aku tak ingat secara specific like biskut, roti, muffin & segala jenis laaa ada. Semuanya kemas, tersusun, tapi yg aku tak puas hati, sangat banyak haha..
  5. Bersebelahan ruang makan, terdapat 1 bilik sederhana besar, yang dilengkapi dengan 1 almari besar yang dipenuhi dengan baju2 sahaja. Ini bilik untuk seterika laa. Praktikal gak laa macam ni kan .. hurm..

Maid

  1. Cerita tentang maid / pembantu rumah. Terdapat seorang maid yang tukang bancuh air untuk tetamu yg datang. & dia juga buat kerja2 general yang disuruh oleh tuan rumah. Pendek kata dai kena sentiasa bersedia untuk dipanggil untuk ambil ini, ambil itu, buat ini buat itu..
  2. Terdapat seorang maid yg juga kerjanya lebih kepada mengurut, kerana difahamkan isi rumah tersebut perlu ada terapi urut mengurut. Tukang urut ini juga menggelarkan dirinya nenek lampir pada faiq sebab faiq sgt takut padanya haha.. (ayat dia macam ni, kenapa tak mau sama nenek? Nenek macam nenek lampir ya?)
  3. Ada seorang pembantu tempatan yang datang untuk memasak sahaja.
  4. ada maid yang datang waktu siang & pulang waktu petang utk mmbuat kerja2 membasuh, mengemas dll.
  5. Difahamkan pernah ada 8 orang pembantu di rumah itu dalam sesuatu masa. Tapi dengarnya beberapa maid terpaksa balik ke indon.
  6. Ada bilik yang selesa + lengkap dengan semuanya utk maid, tapi xsure berapa bilik, yg aku penah tumpang masuk, 1 bilik maid jep.. share kot..

Kesimpulan penceritaan ini adalah:

  1. Mampukah aku mengubah nasib diri & bekerja keras sehingga berjaya, seberjaya mereka?
  2. Amankah perasaan jika berada di dalam rumah sebegitu?
  3. Adakah masalah yang mereka fikirkan, kerana masalah yang selalu difikirkan oleh orang lain, mereka tak perlu nak fikir, iaitu duit.
  4. Masihkah ada manusia yang sepemurah mereka. Oh yer lupa nak cakap, 1st time faiq dtg rumah itu, ibunya beri faiq rm100, & dijemput datang ke kenduri cukur jambul faiq, dia dtg, beri faiq lagi rm300. Hari raya, faiq dapat rm100 dari anaknya, rm100 dari ibunya dan tak ingat berapa dari pakciknya. Huh naik segan nak ke sana . Tapi mereka kerap minta bawa faiq datang kerana mereka sekeluarga suka sangat dengan faiq!
  5. aku cukup kagum dengan orang melayu islam yang berjaya sebegini & aku dengar mereka tak lokek untuk membantu.. itu makin menambahkan rasa respek kan..
  6. aku selalu ingatkan diri sendiri, bandingkan diri dengan orang yang lebih susah dari aku, so aku akan rasa bersyukur & cukup dengan apa yg aku ada. Tapi tak salah rasanya menjadikan mereka ini sbg sedikit sumber motivasi pada saat aku hampir2 putus asa. Jauh sekali utk menyaingi mereka, cukup sekadar sbg spirit blower, kalau orang lain boleh, aku pun boleh berjaya dalam apa yg aku buat.


Tuesday, May 4, 2010

journey ke pantai timur

30April

Kami start packing barang lepas balik kerja + relax2 + makan.. Dalam pukul 7pm baru nak cari beg mana nak pakai, baju apa nak bawa.. aku mmg tak suka nak berkemas.. Kena fikir secara terperinci baju untuk pagi, petang, malam + spare untuk faiq, ijal & myself. Tak suka, tapi siapa lagi nak buat?

We started the journey in about 9.00pm. Tapi singgah2 dulu, ijal laa siap ajak makan steamboat dulu tepi pantai pontian.. Errr gedik betul la. Then belum masuk highway pun lagi, faiq da muntah dengan banyaknya.. Hurm tu yang aku tak berapa berkenan nak bawa faiq jalan.. Teruskan perjalanan sampai rumah Put dalam pukul 2am,kesian Harith cirit birit & demam. Faiq pula excited jumpa Harith sampai tak mau tido, tak faham time tu dah pulu 2am. Harith macam nak main ngn faiq tapi dia sangat2 tak bermaya.. Kesian Harith, birthday boy.


1May

Put hantar kami ke KLIA & kami check in kul 8am. Breakfast sementara tunggu boarding kul 8.40am. Ijal makan nasi lemak rm19.90 & aku cuma bernafsu tengok sandwich tuna beharga rm9.90 sebab tengok makanan lain semua macam tak sedap.

Dari check in point nak ke gate B13 punya laa jauh.. ada dalam 2km agaknya.. Feww.. Ni kalau lambat jalan silap2 boleh terlepas flight walaupun dah berada dalam KLIA.. Keutamaan diberi pada kami yang bawa children untuk masuk dlm flight dulu. Faiq kelihatan baik2 saja & dia teruja tengok kapal terbang yang di parking kat airport tu.

Faiq duduk riba dengan ijal since dia still an infant & umor 2 thn ke atas baru dapat seat.

Once dah fly, kami excited gak dapat tgk view yg cantik dari atas.. subhanallah. Kecik nya kita.. Faiq dah mula panas punggung, nak sibukkan diri dengan benda lain. Boring laa duduk saja, tapi dia agak kecut tengok mat Salleh yang duduk sebelah ujung & dia xjadi nak sibuk2. Akhirnya dalam 45minit kami pun sampai kat kuantan.. Faiq tepuk tangan bila kami kata dah sampai & dia tengok dah landing kat airport.

Then, kak umi datang dengan kereta yg kami dah book.. Saga je laa pun, but ok laa.. Tak sangka plak kak Umi ni kenal meli.. bongek punya meli aku suruh dia carikan aku kereta sewa dia kata xde contact, skali aku cari sndri, ni kak umi sah2 kawan dia.. hampess.. siap kak umi pun dapat jemputan untuk kenduri meli ni..

Kami terus pergi Suria Resort tempat penginapan wan & family since semalam.. Mereka da gerak semalam & spend a night kat situ sebab tak mau rushing.. Ok gak ada wan punya bilik ni, boleh tumpang salin baju. Kalo tak memang plan nak singgah mana2 toilet je la.

Faiq excited jumpa Aina & Aliah, daughters of wan. Heisshhh Aliah & Faiq lompat2 katil tapi Faiq main kasar bila dia smack down Aliah & ketuk kepala Aina.. huhu kesian..

Tak lama lepas tu, Zul + Ila + the kids + Susi 1 kereta pun sampai.. kami terus gerak ke rumah meli kat Kemaman.. tak sampai 10 minit pun dari Suria Resort tu.. Pic of meli.. pengantin lelaki tengah makan kat blkg..

from left: wan - yus - meli - susi - ila


zul kata: meli muka tak sabar tunggu malam. sekian.


Lepas borak2 + makan2 kitorg pun balik ke cherating untuk check in. Kitorg menginap kat The Legend Resort. Kami dapat 1 villa yg 4 bilik sederet. Nice laa.. Seaview, betul2 paling dekat ngn laut.. Ni mmg bilik untuk mmber katanya. Thanks to Azam la. Ramai giler orang time ni.. Few..

Lepas rilex2, lepas asar kami turun bawak kids mandi swimming pool & pantai.. Few bab keseronokan budak2 tak yah laa cerita.. Safi & faiq mmg ngam arr boleh jadi geng main air.

ni 1st time faiq mandi swimming pool.. few mmg dia gembira tak terhingga..


ayah & faiq


uncle zul, safi & faiq


mandi laut pula.. me,ila (zul's wife who also our degree's classmate) + sofia


tengoklah the kidss seronok2an


kantoi plak faiq tergolek dok..disaksikan oleh safi yg xmampu nak buat apa2


from left: aina, aliah, faiq, safi.. transport junior ;)


nyamannya....


Malam.. kami dinner kat kedai tepi jalan luar resort.. Not too bad laa rasa dia.. Still acceptabale tp Faiq xmo makan langsung. Badan dia pun da suam2. Meragam mengantuk + letih. Sofia pun da meragam. Argh tak boleh nak stay lama2 kena balik tidur.. Sah..faiq demam malam tu.. batuk lagi adehh..

faiq yg demam & meragam time dinner - pix badly taken by susi


2May

Demam faiq da baik sikit, Cuma dia batuk & sakit kalau batuk. Menangis. Time breakfast, dia makan banyak gak.. Tapi at the end muntah semuanya.. Then diorang semua check out kul 12 tinggal kitorg check out kul 2. Faiq nangis nak kuar bilik nak pergi main ngn kakak (safi & aina) tapi diorg sume dah balik. Mood org demam haiss.. Then kami check out kul 2, pergi jalan2 kuantan town.. hurm tak jumpa benda yg menarik, or kami tak pandai cari sebab takut nak jalan2 takut sesat tak jumpa airport. Check in pukul 6pm & faiq dah tahap maksima dia punya meragam. Tapi last2 dia tido kat airport kejap. Then kami sampai KLA kul 8pm, dinner jap sementara tunggu put datang dengan kereta ktorg. Then kami gerak balik johor n most of the time faiq tido, tapi once dia batuk dia akan bangun nanges. & dia sempat gak muntah kat RnR seremban, nased baik time berhenti dia muntah few.. Then kami selamat sampai rumah, & khabarnya wan pun singgah klinik, Aina demam juga.. Harith pula masuk wad sebab cirit birit yg melampau smpai kuar darah itu huhu.. kesian.. cepatlah sihat wahai kidss…

Ramai yg tanya apsal nak turun kl then gi kuantan, why not dari jhr drive terus naek kuantan. Well, aku da planned benda ni since last year, n this is the best laa aku rasa.

Sebab:

1.jb – kuantan – kemaman rasanya 6-7 hours drive. Aku tak sanggup nak duk lama2 dalam kereta, apa lagi faiq, for sure dia akan muntah bnyk kali. Ijal malas nak drive selama itu & aku lagi laa malas. Nanti da penat drive smpai kemaman tu, nak drive round2 nak mandi pntai da tambah penat lagi.. then esoknya nak drive lagi for 7 hours utk balik.. few kepenatan berganda.. So rasanya drive straight kat hway utk 2-3 jam ke klia takde lah penat sgt..

2. tak ada flight direct jb – kuantan.. yg ada jb-transtit kl-kuantan. Transit kat kl tu bukan takat sejam dua, tapi up to 6hours.. apejadahnya plak nak tunggu lama2.

3. tiket dia xde laa mahal sgt.. bila aku kira2 beza dalam seratus lebih kurang dgn naek kereta dari jb-kemaman. So, bek nek flight separuh jalan

4. Saje nak jumpa harith the birthday boy, dah setahun baru nak jumpa.. putt pun xpenah jumpa faiq.. Alasan terbaik untuk turun kl. ;)

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA MALIYANA & ZULKHAIRI.

SELAMAT BERBAHAGIA KE AKHIR HAYAT (ni ucapan2 standard laa)

P/S SELAMAT PENGANTIN BARU GAKS UTK OFISMATE LINDA & AKIM YG MAJLISNYA SAMA DGN DATE MELI NIEH.. sorry xdtg. SELAMAT BERBAHAGIA GAKS.. :)