Tuesday, May 18, 2010

mereka

Melihat rumah baru mereka kat depan mata buat pertama kali buat aku rasa kagum. Melangkah masuk, perasaan segan + gugup semua ada.Tapi mujurlah orang nya memang aku dah kenal & dah berbual mesra beberapa kali kat rumah mereka yang lama. Kalau bukan Ijal yang 'paksa', confirm aku tak nak masuk walaupun sekali. Aku hormat mereka sebagai keluarga kenalan Ijal pada mulanya, & tak sangka dapat tau mereka kenalan ayah aku gak & anak sulung pemilik rumah kenal aku sebagai JPK Kolej Melati Uitm S.Alam dulu (haha series aku xpernah perasan dia kat kolej..! & dia kata ayah kami pernah berjumpa & berbual2 time kat kolej.. langsung aku xingat hehe) & paling memeranjatkan isteri pemilik rumah itu pernah berada di kenduri saudara rapatku n mengatakan dia juga saudara kepada saudara rapatku itu! What a small world kan..

Setelah 4,5 kali datang bertandang ke rumah besar itu, baru kunjungan yang kali ni rasanya melengkapkan eksplorasiku ke segenap sudut.

Hasil pemerhatian aku, di antara benda yang buat aku amazed adalah:

Kawasan depan rumah

  1. Ada mini taman yang cantik. Ada meja & kerusi bulat. Kalau lepak duduk2 time malam memang best.
  2. Kereta2 pemilik isi rumah bersusun; Honda Civic, Perdana V6 & 4 kereta lain2 jenis tersusun kat depan.
  3. Ruang yang bermozaik kat depan mmg besar, faiq suka main lari2 dari depan ke dapur belakang sebab dia bersambung direct. Luas giler..

Ruang tamu / main hall: (ni mmg aku lepak sini je la most of the time sambil sembang2 dgn pemilik rumah & isteri & family)

  1. dekorasi dalam rumah yang kemas, teratur dgn set perabot yg gah2 belaka.
  2. carpetnya sangat lembut (haha faiq suka golek2)
  3. segenap ruang ada aircond yang kat cornish atas. Mcm dulu kat kelas baru uitm ada aircond gini hihi..
  4. tv lcd yang paling besar incinya dilengkapi dengan set perabot tv yang menampakkan lagi keistimewaan tv itu.
  5. sebelahnya ada alat exercise yang utk berjalan / berlari yang berjenama terkenal beharga RM5k. (ni favorite spot faiq gak haha)

Bilik tidur utama: (tumpang sembahyang kat bilik ni.. segan dowww)

  1. Katil besar + tilam mewah yg kelihatan selesa dgn tersusun kemas beberapa selimut di satu sudut.
  2. TV lcd yg sedikit kecil dari TV di ruang tamu. Tp aku yakin tv saiz ni laa yg ada kat main hall rumah kitorg ;)
  3. Almari solek yang besarrrrrrr yang tersusun rapi setiap item yang sangat banyakkk di atasnya. Item2 termasuklah krim2 penjagaan kulit & muka dari jenama terkenal, dari botol kecik sampai ke botol besar, perfumes, bedak & benda2 basic laa.. Tapi mmg sangat banyakkkk macam utk 10orang punye padahal aku tau cume 2org je stay bilik tu & yg aku kagum, semua sangat tersusun cantik jeee…
  4. Masuk ke toilet.. sekali lagi aku terpaku jap.. Memang se-class hotel 5 star dia punya material & decoration. Even lebih dari 5-star. Di belah atas tempat simpanan barang, kelihatan 5,6 helai tuala yang terlipat kemas. Di tempat sebelahnya terdapat fewwwwwww 4,5 botol shower foam yg botol besar, sedozen kotak toothpaste yg besar, syampu berbotol2 besar, & beberapa lagi toiletries yang semua besar2 & banyakkkkk yang tersusun rapi jeee. Ni semua stok la, cuma aku tak sure ni stok utk toilet master bedroom tu saje or stok utk the whole toilet yang ada kat rumah tu. Aku bersangka baik la, mesti untuk semua toilet seisi rumah kan , sebab kalau utk toilet tu je, aku tak boleh terima hahah sebab aku dapat bayangkan kat 4,5 bilik air yg lain stok dia pun sebanyak itu!

Ruang atas

  1. Ada 4 bilik. Setiap bilik ade toilet yang cantik & aircond & tv lcd. Pemilik rumah ada 3 orang anak, setiap seorang 1 bilik, & 1 bilik untuk adik perempuan kepada pemilik rumah itu.
  2. Di hall tengah, ada ruang yg agak besar, tak banyak perabot tapi selesa untuk santai2. Ada sebuah peti sejuk untuk kemudahan awam hihi.

Dapur

  1. Ada dapur basah, ada dapur kering. Tapi most of the time, makan kat dapur basah which is not basah pun laa.. Cuma ia lebih airy & besar sebab kat luar. Beratus2 koleksi mug warna warni bermacam bentuk cantik disusun kat satu almari berkaca yang besar.Kemas. Cantik. Menarik.
  2. Kabinet, meja, sink & everything cantik, kemas & teratur.
  3. Peti ais.. confirm laa yang 2 pintu, pintu yg sebesar pintu rumah. Bila buka peti ais, tak jauh beza dengan peti sejuk kat mini market or tak melampau kalau dikatakan isinya kurang sikit saje dari peti ais 7eleven. Air vitagen berwarna warni berdozen2, yogurt juga berdozen2, jus buah2an berkotak2, coklat kinder bueno juga berdozen2 dan bermacam2 jenis lagi yang berdozen2 & yang pastinya sume tersusun & tersusun. Aku kagum. Tak heranlah kalo sejam kami berada di rumah tu, faiq minum 2,3 air vitagen & kinder bueno siap diberi tapau bawak balik, n kemarin diberi tapau yogurt bawak balik. Pernah gak faiq dihadiahkan teddy bear mini yg comel. BUKAN KAMI YG MINTA OK... adess malu sebenarnya..
  4. Di satu sudut, tersusun juga air kotak pelbagai perisa (yg isi ada 6 kotak kecik), ada berkotak2 besar. Faham kan ? Maksudnya banyak laa.. Ada juga makanan2 lain yg aku tak ingat secara specific like biskut, roti, muffin & segala jenis laaa ada. Semuanya kemas, tersusun, tapi yg aku tak puas hati, sangat banyak haha..
  5. Bersebelahan ruang makan, terdapat 1 bilik sederhana besar, yang dilengkapi dengan 1 almari besar yang dipenuhi dengan baju2 sahaja. Ini bilik untuk seterika laa. Praktikal gak laa macam ni kan .. hurm..

Maid

  1. Cerita tentang maid / pembantu rumah. Terdapat seorang maid yang tukang bancuh air untuk tetamu yg datang. & dia juga buat kerja2 general yang disuruh oleh tuan rumah. Pendek kata dai kena sentiasa bersedia untuk dipanggil untuk ambil ini, ambil itu, buat ini buat itu..
  2. Terdapat seorang maid yg juga kerjanya lebih kepada mengurut, kerana difahamkan isi rumah tersebut perlu ada terapi urut mengurut. Tukang urut ini juga menggelarkan dirinya nenek lampir pada faiq sebab faiq sgt takut padanya haha.. (ayat dia macam ni, kenapa tak mau sama nenek? Nenek macam nenek lampir ya?)
  3. Ada seorang pembantu tempatan yang datang untuk memasak sahaja.
  4. ada maid yang datang waktu siang & pulang waktu petang utk mmbuat kerja2 membasuh, mengemas dll.
  5. Difahamkan pernah ada 8 orang pembantu di rumah itu dalam sesuatu masa. Tapi dengarnya beberapa maid terpaksa balik ke indon.
  6. Ada bilik yang selesa + lengkap dengan semuanya utk maid, tapi xsure berapa bilik, yg aku penah tumpang masuk, 1 bilik maid jep.. share kot..

Kesimpulan penceritaan ini adalah:

  1. Mampukah aku mengubah nasib diri & bekerja keras sehingga berjaya, seberjaya mereka?
  2. Amankah perasaan jika berada di dalam rumah sebegitu?
  3. Adakah masalah yang mereka fikirkan, kerana masalah yang selalu difikirkan oleh orang lain, mereka tak perlu nak fikir, iaitu duit.
  4. Masihkah ada manusia yang sepemurah mereka. Oh yer lupa nak cakap, 1st time faiq dtg rumah itu, ibunya beri faiq rm100, & dijemput datang ke kenduri cukur jambul faiq, dia dtg, beri faiq lagi rm300. Hari raya, faiq dapat rm100 dari anaknya, rm100 dari ibunya dan tak ingat berapa dari pakciknya. Huh naik segan nak ke sana . Tapi mereka kerap minta bawa faiq datang kerana mereka sekeluarga suka sangat dengan faiq!
  5. aku cukup kagum dengan orang melayu islam yang berjaya sebegini & aku dengar mereka tak lokek untuk membantu.. itu makin menambahkan rasa respek kan..
  6. aku selalu ingatkan diri sendiri, bandingkan diri dengan orang yang lebih susah dari aku, so aku akan rasa bersyukur & cukup dengan apa yg aku ada. Tapi tak salah rasanya menjadikan mereka ini sbg sedikit sumber motivasi pada saat aku hampir2 putus asa. Jauh sekali utk menyaingi mereka, cukup sekadar sbg spirit blower, kalau orang lain boleh, aku pun boleh berjaya dalam apa yg aku buat.


No comments:

Post a Comment