Friday, June 11, 2010

just another month to go..

Jun 2007 – Jun 2009
Sedang aku menimba pengalaman-pengalaman yang amat berharga & dikelilingi rakan sekerja yang baik kat Procument PTP, aku dapat offer kerja kat Flextronics yang sebelah je bangunan PTP. Macam-macam perasaan; serba salah, takut & kadang2 takleh nak pikir. Sebenarnya aku pun tak pasti dengan keputusan yang aku buat untuk terima tawaran Flex, tapi atas sebab kewangan yang mendesak & Flex offer even lebih 2kali ganda, aku terima. Teringat lagi betapa sebaknya aku nak berkata2 bila diorg buat farewell & suh aku wat ucapan *hampeh*, & teringat lagi sejam terakhir sebelum aku pergi dari PTP, superior aku Lily sempat tanya betul ke aku nak pergi, & akhirnya aku just senyum tanda yakin dengan pilihan aku & teringat juga air mata dia time aku salam –tak sangka dia mcm rock tapi boleh nanges, chet tak pasal2 aku pun sedih haha. Aku tak lupa juga GM Procument, Puan Zuraidah yang kata kalau boleh dia nak aku stay, tapi dia kata, “orang muda memang tak sabar..” aku malu tapi aku terpaksa, biarlah dia kata aku tamak or apa, tapi aku alasan aku sendiri utk pergi. Yer, aku sayang semuanya kat procurement ptp, sayang kerjanya, sayang orang2 nya (yang dulu laa.. yg skrg aku tak kenal hihi), ta& sayang semuanya, pi aku kena pergi.
Sangat banyak ilmu yang belajar kat sana , sangat2 banyak. Walaupun dalam masa setahun je aku kat sana , aku rasa aku dah didedahkan dengan ilmu untuk 3,4 tahun. Tapi aku puas hati, sebab sebelum aku pergi Lily dah dinaikkan pangkat & dipindahkan ke unit lain. Sekurang-kurangnya aku pergi bukan aku tinggalkan Lily, sebaliknya Lily yang ‘tinggalkan’aku dulu. That’s fine enough.

Bila masuk Flex 6jun2007, suasana 100% berbeza. Kerja, superior, bos, collegues semua berbeza. Agak tenang & aman, sebab aku bukan masuk line procument / purchasing. Aku lebih banyak bekerjasama dengan mereka di EHS department. Semuanya berjalan lancar, aku berjaya meng-ROHS-kan beribu2 part kepada 80-90% dalam masa tak sampai setahun. Aku pun tak sedar la, sampai la manager EHS tu kuar email kata thanks kat aku sebab buat melebihi apa yang di target. Bila dah jadi gitu, hari2 di tahun berikutnya aku dah kurang kerja. Haha.. Rasa boring.. rasa bodoh. Lemah dari aspek pemikiran sebab takde benda nak buat kan . So masa yang unpeak period itu digunakanlah untuk segala urusan aku bertunang, berkahwin & tak lupa juga untuk mengandung & melahirkan anak haha. Superior & bos pun tak kesah je aku nak dtg ke tak sbb dah macam takde function, aku Cuma diperlukan di saat2 ada urgent request *hampeh*. Bila dah naik dari maternity leave, krisis ekonomi pun melanda dengan teruknya. Kami yang berada di industri ini agak kuat terkena impaknya (betul sungguh kata Lily sebelum aku pergi dulu). Nak menyesal takleh, nak berhenti lagi xbole, baru ada baby. Cuma mampu berdoa untuk Flex bertahan,walaupun ramai yang kena VSS.

Julai 2009 – Jun 2010
Projek makin tak banyak, kerja makin kurang, aku makin rasa tak menetu. Lagi banyak hari2 takde kerja dari hari2 yang ada kerja. Mulanya kami ber3 di unit ini. Akhirnya tinggal aku seorang. Aku taktau apa alasan mereka berhenti. Akhirnya bos aku offer untuk ke 1 unit lain, untuk buat Costing. Owh sungguh aku tak minat, sebab mcm tak berapa mencabar, then aku tolak. Bos tak putus asa, dengan alasan taknak bazirkan resourse yang ada, dia offer aku utk ke unit lain, under purchasing. Aku setuju, sebab aku tau aku akan belajar sesuatu yang lebih mencabar, lebih luas pendedahannya & lebih banyak ilmu aku dapat. Sejak August 2009 aku jadilah seorang buyer sampai ke hari ini. Dalam masa yang sama, aku still buat kerja2 ROHS time kat unit lama. Kerja buyer sini beza dengan purchaser kat procument ptp dulu.. Sangat berbeza & flex lebih sistematik, sebab semuanya boleh dirancang, Kat PTP, xde sapa boleh tau bila crane nak rosak, kan ?
Dan..dalam tempoh sebulan lagi, aku akan pergi dari Flex. Minggu depan akan ada buyer baru untuk ganti aku, & akan ada seorang lagi yang tak tau bila nak sampai utk buat ROHS. Aku kena ajar mereka plak. Aku rasa puas hati dengan pemergian ini, sebab rasanya aku dah buat sehabis baik selama aku ada kat sini.
***************************

superior aku dari EHS: will u come back again after finish your study?
me: depends on what they are offering (haha)
superior aku dari EHS: haha.. oo.. u sudah naik harga yer..

Pergi dalam keadaan orang masih memerlukan kita adalah membuatkan kita rasa lebih dihargai, right?

2 comments:

  1. huhu.. sorang lagi kawan nak blah.. qoute ko tu, pergi time org perlukan kite adalah membuatkan kite rasa lebih dihargai.. betul juge tapi dalam masa yg same rasa bersalah kan?

    ReplyDelete
  2. kat flex ni tak rasa bersalah langsung laa.. lagi excited nak resign, sebab.. hurm ada sebabnya knape aku tak puas hati sbrnya.. RAHSIA..

    ReplyDelete