Monday, January 7, 2013

ada apa dengan tahun baru

Seingat aku, satu-satunya tahun yang aku ada azam baru pada tahun baru adalah pada tahun 2011.
Secara tak langsungnya apa yang tak tercapai akan dibawa ke tahun 2012 hehe. Nak share apa antara azam aku pada tahun 2011 :

1) Nak habiskan study on time (masa tu tengah buat master, Alhamdulillah aku grad on time)
2) Nak dapat kerja sejurus habis belajar (Alhamdulillah dapat offer PTP lepas habis exam)
3) Nak beli rumah (Alhamudlillah berjaya beli dalam Januari 2012 setelah usaha survey dalam tahun 2011)
4) Faiq kena diaperless (Alhamdulillah, usaha dari tahun 2011 membawa kejayaan sepenuhnya pada tahun 2012. Good boy!)
5) To get pregnant, since aku stop makan pil perancang since masuk kerja PTP. Alhamdulillah, usaha menampakkan hasil pada hujung tahun 2012 ;)

Tahun 2013 ni, aku tak berniat nak ada apa2 azam. Sebab aku akan frust kalau aku berazam & tak tercapai.

Apa yang menarik untuk diceritakan pada awal-awal tahun ni adalah alam persekolahan Faiq. Hari pertama hantar dia ke tadika memang mencabar. Diikuti dengan hari yang kedua. Hari ketiga kurang sedikit cabarannya. Hari keempat dia semakin baik. Hari ini, hari kelima dia sudah boleh salam cikgu bila sampai, salam aku & melambai aku sebelum aku pergi dan terus pergi duduk kat kerusi dalam kelas. Alhamdulillah, segalanya Allah permudahkan dari hari ke hari, itulah doa aku setiap hari, untuk Faiq menjadi anak cemerlang di dunia & aknirat kerana Allah Taala.

 Tengok buku Faiq dapat, ada 17 buku teks & buku latihan bergambar, 7 buah buku tulis yang coklat, betapa hebatnya kalau Faiq berjaya menguasai apa yang ada dalam buku-buku tu. Buku yang dia dapat termasuklah untuk matapelajaran BM, BI, BA, Math,  Jawi, Asas Al-Quran & Hadis, Peribadi Muslim dan yang aku tak boleh terima Asas Komputer. Tak boleh terima sebab dulu aku kenal komputer masa aku darjah 6 & mengenali part of the computer secara formal masa tingkatan 1. Tak tau nak kesian atau nak kagum, sebab inilah apa yang Faiq perlu lalui untuk dia siapkan diri untuk masa akan datang. Zaman dah berubah.. Phewww..


Update pasal mata kanan aku, rasanya ada sesuatu yang tak selesa berlaku pada pandangan mata kanan aku. Memang lepas operate pun aku tak boleh melihat senormal mata kiri, tapi keadaannya macam semakin tak memberangsangkan. Hasilnya, esok aku kenalah pergi check up dekat HSA, jumpa Anjah lagi. Takut2 ada koyakan yang baru or mana tau yang operate haritu terlerai. Hope esok akan dapat tau apa sebenarnya. Follow up seterusnya dengan Dr.Zabri di Hospital Selayang pada 22 Jan 2013. Wish me luck as well.

Alhamdulillah.. 2013, be good to me, for many reasons and 2012 thanks for the memories.



 

No comments:

Post a Comment