Thursday, March 17, 2011

he is now 30


My husband birthday, 123 or 12 March.. Aku memang susah nak ingat nombor, jadi aku kena buat ia sesuatu yang menarik atau senang untuk diingat. Atau aku takkan ingat langsung. Number makes my life miserable, most of the time.

On the night before, kitorg pergi jumpa Awer untuk ambil coklat yg aku pesan.. utk birthday ijal ler, & utk kitorg rasa laa.. nak support kawan2.. ;) Sedap... Tak cukup nak makan..
Siapa nak order silakan jer ke blog beliau itu







Happy 3oth birthday, b.. Huhuh how is the feeling of being 30? Best la kot huaahua..


Friday, March 11, 2011

breaking news

Tsunami berasal dari perkataan Jepun, bermaksud ombak pelabuhan. Dan semalam ombak pelabuhan itu telah 'memakan' seluas kawasan termasuk airport & pelabuhan penting di negeri dari mana perkataan itu sendiri berasal, Jepun gara-gara gempa bumi 8.9 skala ritcher. Tengok betapa limpahan air besar yang bergelora menyapu habis semua yang ada.

Gempa bumi yang terbesar itu bukanlah gempa yang pertama, juga bukan yang terakhir di Jepun tu. Sebelum itu dah beberapa kali gempa dalam skala 6,7 berlaku, then baru yang besar ni. Even lepas yang besar tu pun, ada sekurang-kurangnya 50 gegaran susulan di Jepun.

Punca utama gelombang tsunami adalah pergerakan muka bumi dasar laut yang
berpunca daripada gempa bumi dasar laut. Gempa bumi tsunami berlaku pada zon
terbenam "subduction zones" di mana kepingan kerak bumi atau "lithosphere" yang
dikenali sebagai plak tetonik bertembung sesama sendiri menyebabkan satu
daripadanya terbenam di bawah yang satu lagi. Zon terbenam "subduction zones" terdapat di seluruh dunia, tetapi lokasi yang paling dikenali adalah di sepanjang lingkaran Cincin Api Pasifik yang terletak sepanjang pantai barat Tengah dan Selatan Amerika, Jepun, dan Filipina, merentasi New Zealand, ke lautan Atlantik (credit to Mohamed Yosri Mohamed Yong).

Tapi angka kematian & yang hilang dek tsunami di Jepun jauh lebih kecil berbanding dengan tsunami di Acheh 2004. Mungkin ini kerana rakyat Jepun telah dididik untuk mengambil langkah berjaga-jaga sejurus ada gegaran atau amaran. Gempa bumi perkara biasa di sana, oleh itu kerajaan mempunyai teknologi yang mampu menjangka perkara seperti itu. Bangunan2 juga ada yang masih berdiri tegak walaupun dijamah ombak tsunami, mungkin teknologi juga membantu untuk menghasilkan bangunan yang anti gegaran. Sekurang-kurangnya Jepun telah mengambil langkah yang cukup membantu walaupun masih banyak kerosakan / korban disebabkan bencana itu.

Sehingga tengahari ini, Jepun telah mengisytiharkan darurat terhadap loji nuklearnya. Gara-gara kerosakan, loji tersebut mungkin akan melepaskan bahan radioaktifnya. Kerajaan jepun sedang berusaha untuk melakukan yang terbaik.

Tidak lupa juga kesan ekonomikal. Jepun negara gergasi yang manufacture elektronik & lain-lain. Sony sahaja terpaksa tutup beberapa kilangnya kerana mengalami kerosakan. Saham Jepun jatuh. Malaysia juga akan terkesan juga sebab Jepun merupakan antara pelabur terbesar di sini, dalam maksud lain beberapa peratus kita bergantung kepada dia secara ekonominya. Mungkin harga barang yang berkaitan akan naik, mungkin ada yang kehilangan peluang perniagaan dan macam-macam kemungkinan lagi.

Dimana kita berada, semoga Allah melindungi kita semua.

*Today is my husband birthday, & all i have to think is about thesis & assignment, & this tsunami huuhu.

Thursday, February 24, 2011

U t u s a n K e J a n n a h

Baru lepas menonton drama Utusan Ke Jannah kat tv1. Jarang aku nak stick lama2 depan tv semata-mata nak layan 1 cerita. Tapi drama ni berjaya membawa aku ke akhir cerita, & yang tak best nya aku tersebak & hampir menangis juga hehe.. Mungkin keberkesanan Zul Huzaimy yang jadi anak baik, dan juga Ahmad Tarmimi seorang yang bongkak akhirnya terkulai & menangis buat aku tersentuh. Kenapa yer. Mungkin aku ada kaitan dalam cerita tu. Mungkin.

Aku terkesan dengan ayat2 skrip drama tu, ada part yg menyedarkan aku betapa aku tak buat perkara yang betul selama ni. Drama ni menyedarkan aku.

Bukan sekali aku nak termenangis sepanjang cerita 2 jam tu, beberapa kali juga la. Aku terlalu emosi ker ataupun drama tu betul2 efisien dalam menyampaikan mesej2. Apapun, aku sukakannya. Jarang aku nak puji benda ni hurm.

Terima kasih kepada drama ni. Terima kasih kerana menyedarkan aku.
May Allah bless me and amily.

Tuesday, February 15, 2011

C a b a r a n

Aku sukakan cabaran. Tak tau apa alasannya, tapi aku suka.
'Cabaran' yang aku faham ialah perkara-perkara yang belum kita buat, tapi kita diberi peluang untuk buat, yang mana akan ada kesan baik kalau kita buat dengan baik dan kesan buruk kalau kita buat tak begitu baik.
Selalunya perkara yang buat aku gembira untuk take a challenge, at the 1st step, aku fikir positif, aku fikir aku boleh buat, dan aku akan dapat results yang baik daripada cabaran itu at the end of the day.
 

Aku sukakan cabaran masa belajar juga. Aku berhenti kerja untuk belajar full time sebab aku rindukan cabaran-cabaran masa belajar. Aku rindu nak datang class, study notes, bekerja keras buat assignment, nervous of final exam, memerah otak masa jawab exam & yang paling aku rindu nak rasa happy dapat keputusan exam yang best. Masa kerja ada ke perasaan happy ni? Dulu aku ngn kawan-kawan baik sekelas, siap bermasam2 muka kalau antara kami dapat results lagi baik. Cemburu yang sihat, sebab lepas tu kami akan pergi library study sama, buat notes sama, tolong explain sama kalau tak faham.. Seronok.. . Yer benda-benda ni lah yang beri aku semangat & rasa seronok nak belajar. On the other side maybe nak juga improvement untuk diri sendiri, tapi i just love the process of study. Aku suka belajar benda-benda baru. It makes me feel good. Entah, aku tak tau orang lain macamana, tapi aku tau itulah perasaan aku.

And kelmarin, buat kali kedua untuk sem ni, aku jumpa Dr.Zaly untuk appointment diskus research progress. Perasaan jumpa personally mcm ni selalunya tak berapa gembira sebab dlm masa sejam, selalunya akan di'condemn' habis-habisan. Yer aku tau aku tak buat sebaiknya sebab aku pun tak berapa faham objektif di akhirnya. Tapi aku tahu secara technicalnya aku dah ada berada dalam satu research yang baik. Setelah beberapa kali communicate dalam email, akhirnya Dr.Zaly beritahu secara terangnya apa yang sepatutnya aku buat. Lagi banyak benda yang aku kena buat & semuanya melebihi apa yang aku jangka. Dr Zaly ckp, kalau aku ni Degree student, for sure dia dah accept reseacrh aku, tapi aku Master student, mesti ada thinking element sepanjang buat research itu. Aku cakap kat dia, aku tengok kawan aku punya Master research dari U lain, sangat-sangat senang, tak macam yang aku perlu buat ni. Dr Zaly cakap, sebab tu lah UTM ni dapat title "Research University" dan U itu tak dapat pun title tu. Aku terdiam, bersetuju la kiranya. Dia cakap lagi, even course Master in Science Transportation Planning kat UTM yg aku ambil ni, among 50 top courses in the world. Makin aku terdiam, terubat perasaan terkilan tentang research aku yang dia kata belum puas hati lagi. Dan, akhirnya aku balik dengan perasaan gembira, berkobar-berkobar, sebab aku take Dr.Zaly words as a new challenge. Aku positif dengan itu. Gembira menjadi salah seorang dalam course yang terbaik di dunia. Kalau kerja, ada? ;) Well, aku teruskan buat research dengan lebih baik sebab aku dah faham apa Dr.Zaly expect & apa university expect too. Dont worry Dr.Zaly, i'll make sure you won't regret for supervise my research all this while. And i'll make sure i make it by this sem, not the other additional sem. InsyaAllah. Bless me Allah. Bless Dr. Zaly and his family too. Bless everyone too.


Thursday, January 27, 2011

i m p e r m a n e n c e

time flies
and left us behind
with uncertain future
that begins by today

friends come and go
as the tides
that might give calm feeling
or worry of catastrophe

words that been said
just to please
promise that been made
just to release

nothing stay the same
people do change
time keep flies
flower may dies
friends will forget
impermanence is a faith

***************


Tuesday, January 25, 2011

Yang baru dah bermula

Tahun baru
2011 akan menjadikan umur aku 29 tahun, ijal 30 tahun, faiq 3 tahun & usia perkahwinan kami pun 3 tahun. Banyak benda yang aku target untuk 2011 sampai aku jadi tak sabar untuk capai apa yang aku targetkan tu. Sebelum ni, tak ada benda pun yang aku targetkan, aku biar je apa nak berlaku, aku terima je apa Allah bagi. Tapi kali ni, aku cuba nak capai semua impian yang aku baru cipta tahun ni. Oh 2011, be good to me! Amiin


Semester baru
Yer, setelah dapat results exam yang best (hehe yer best, sebab dapat 4 flet.. straights A's alhamdulillah), maka bermulalah semester yang seterusnya iaitu semester yang terakhir insyaAllah. Seperti yang aku risaukan sejak awal lagi, datang kelas, belajar subjek2 & final exam aku rasa aku boleh tapi, tapi thesis sahajalah yang sangat2 menakutkan. Sehingga hari ini, aku ada 6/7 minggu untuk hantar 1st draft. Tapi aku tak buat data collecting lagi pun! Huh. banyak benda yang perlu diperbetulkan dalam chapter 1 - 3 lagi, lepas tu baru boleh teruskan dengan chapter 4-6. Sangat menakutkan. Kalau tak siap thesis, maka extend laa aku ke semester seterusnya, hopefully siaplah! Amiin


Kawan - kawan baru
Ada lagi 4 orang kawan baru. 2 orang local guys & 2 orang international. Seorang lelaki local tu junior aku masa kat UiTM Shah Alam, since dia ambil course yang sama dengan aku, cuma tahun yang agak berbeza. Hope, kawan-kawan baru ni bolehlah 'masuk' macam kawan-kawan yang dulu, sebab kami yang berapa kerat ni lah yang akan buat semua benda bersama-sama untuk kepentingan bersama. Aku harap juga, aku tak nak jumpa kawan macam beberapa kawan zaman aku belajar degree, yang berperangai buruk & menyakitkan hati, cukuplah apa yang orang jahat tu buat, sebab sangat meninggalkan kesan pada aku. Semoga kawan-kawan yang kali ni dan akan datang hanyalah yang baik-baik sahaja. Amiin


Assignments baru
Antaranya case study company, ni assignment by group. Group aku kena buat FEDEX. Banyak tu markah dia, 30% dari overall 100% total asessment untuk subjek ni. Siapa ada pengalaman kerja kat FEDEX, kawan2 ke, saudara ke.. hope bolehlah tolong bagi info. Itu baru salah 1, rasanya ada beberapa lagi group assignments dengan individual assignments yang due date nya semua dalam bulan 2. Bulan 4 dah start final exam, sem ni memang sangat pendek. Huh mcm tak adil je huhuh. Then ada few study visits, antaranya PTP (hehe mcm klaka je nak pergi visit company lama) dengan Johor Port. Lepas balik trips comfirm kena buat report. Lecturer kami ada cakap ada plan nak visit Jepun, since dia jadi a guest lecturer kat one of universiti kat sana, so dia nak kami dengar lecture dia sekali dalam masa yang sama explore transportation system mereka. Aku excited, tapi dalam masa yang sama berat gak. Macam Hong Kong las sem, aku tak pergi pun. Kawan-kawan semua pergi. Yang ni tak tau lah macamana. Banyak benda nak fikir. Cuma aku harap semuanya berjalan lancar, tak kisahlah kalau aku pergi ke tak pergi. Amiin.


*** Wish u a bliss & blessed life, forever ***


Tuesday, December 14, 2010

Hari ini Faiq berumur 2 tahun 2 bulan.

Dah lama tak tulis pasal Faiq. I think i missed a lot, by not to write about him. Only now i realized that I should write every single new 'achievement' along this his early growing up years. Sayang kan tak tulis. Bukan apa, kalau ada tulis, at least aku sendiri boleh baca & ingat balik his progress sebab aku sangat mudah lupa.

Faiq mula sebut 'ayah' dan perkataan-perkataan mudah lain dalam bulan Mac yang lepas, iaitu pada umur dia setahun 5 bulan. Sejak itu, hari-hari dia belajar menyebut perkataan baru sampailah bulan Disember ni, dia dah boleh baca doa makan 80% betul dengan pelat, berzikir selawat syifa' 70% dengan pelat, azan beberapa baris awal & juga menyanyi beberapa baris lagu popular Syahir (bunga yang layu pada musim luruh), Kristal (selagi ada rindu, selagi ada waktu) & juga selawat2 dan zikir2 yang ada kat astro oasis. Kalau tanya, faiq nak tanya apa, jawabnya, 'imam muda'. Amiin. Oh ya, dia kenal Asyraf, sang juara Imam Muda yang lepas & beberapa imam muda lain yang selalunya dia kenal sebab tengok azan.

Dia juga dah obses dengan kartun-kartun Wonderpets, Upin Ipin & Finley The Fire Engine yang dia panggil kartun "Are you okay?". Sebab 1st time dia tengok kartun Finley ni 2 bulan lepas, ada dialog antara mereka yang mengandungi kata-kata 'Are you okay?' 'Yes'. Sejak itu dia akan cakap nak tengok kartun Are you okay, Yes!. Dia suka cerita Halimah Jongang, pelakon-pelakonnya pun dia kenal. Kalau ada pelakon dalam cerita Halimah Jongang tu kat drama lain, dia akan kata cerita Halimah Jongang jugak. Faiq suka tengok binatang-binatang, Channel Animal Planet, dengan rancangan National Geoghraphic yang ada pasal binatang semua dia tengok dengan penuh minat & mulut dia tak habis-habis kagum cakap pasal binatang-binatang tersebut. Ayah ada belikan dia rabbit & dia sayang rabbit itu & juga kucing-kucing kat rumah ni.

Faiq suka makan sayur, especially broccoli, carrot dengan bunga kubis, dengan telur. Makanan ni kalau dia nampak memang tak boleh nak tahan. Segala jenis buah-buahan pun menjadi obsesi dia, especially anggur, pisang, limau, tembikai, betik huh semua laaaaa.. Mesti dia nak makan. Yang lain ada masanya dia tak nak makan juga. Cuma perangai dia, dia akan makan dan makan sampai satu tahap dia akan muntah semula.

Kadang-kadang faiq belajar & praktik sesuatu yang baru tanpa kami sedari. Pelik kalau tiba-tiba dia cakap perkataan baru, sedangkan kami tak pernah sebut. Or dia buat perkara yang baru, sedangkan dia tak pernah tengok kami buat. Ada baiknya hantar dia dekat rumah pengasuh, dia bergaul dengan orang lain juga, belajar situasi berbeza dari orang yang berbeza. Tak sabar nak hantar faiq pergi taska nak suruh dia belajar & dedahkan pada benda yang berbeza pula. Faiq mungkin jenis yang cepat belajar, cepat berfikir & cepat bertindak, secara berdikari. Dia tak kekok nak bersosial dengan kanak-kanak sebaya dia, tapi dia sebenarnya lagi selesa nak bermain dengan kanak-kanak yang jauh lebih dewasa dari dia. Dari sudut yang lain, dia juga seorang yang manja & selalu nak didampingi. Itu yang dapat aku perhatikan pada dia.

Ramai yang cakap Faiq seorang budak yang cerdik. Amiin. Aku tau hampir semua saudara & jiran2 kat kampung ni suka dengan dia. He is too popular rather than me! Yeah its true. Pergi ke mana pun dengan faiq, akan ada suara-suara yang panggil faiq. Even aku ke kedai-kedai, ada saja orang yang kenal Faiq, sedangkan aku tak kenal pun siapa mereka itu. Pergi kenduri pun, orang akan tanya mana Faiq? Kitorg nak Faiq jer.. Hmm Kalau ada saudara mara yang pergi bercuti, jalan-jalan tempat lain, Faiq tak pernah dilupakan. Ada je souvenir untuk dia, especially baju. Dah lebih 20 pasang rasanya baju-baju yang faiq dapat pemberian dari saudara mara. Oh ya, kalau pergi kedai, faiq pun selalu dapat goodies free sebab maybe tauke2 pun minat kat faiq ;) Itu belum cakap pasal duit dia. Cukuplah aku cakap, setakat umur dia 2 tahun, dia punya saving, tak jauh beza dengan saving ASB aku (sebab ASB aku asyik korek sejak tak kerja ni, buat bayar yuran etc hihihi alasan). Duit sumbangan sejak dia lahir, duit raya & duit yang orang bagi dia sebab suka kat dia, aku simpan buka kan ASD, kalau betul2, ternyata boleh cukup untuk menampung kos dia nak belajar kat universiti nanti, insyaAllah. Faiq memang murah rezki. Alhamdulillah. Syukur.

Faiq dah petah bercakap sekarang ni. Kalau kami berbual-bual, dia dah boleh keluarkan kesimpulan sendiri & buat susunan ayat yang betul untuk ekspresikan pendapat or perasaan dia pula in reflect to topic perbualan kami. Argh terasa faiq dah besar. Bila tengok gambar dia baru lahir, rasa sayang nak tengok dia lagi dewasa.
Oh, sila jangan tanya bila faiq nak ada adik, yer aku masih merancang kerana banyak faktor yang perlu difikirkan untuk ada adik faiq, sebab aku bukanlah seorang yang cukup sempurna untuk itu.

Apapun, Allah yang menentukan.
Terima kasih Allah, untuk semuanya.