Monday, September 22, 2014

BF, BM, EBM

Dulu Faiq cuma breastfeed (BF) dengan aku dalam lebih kurang seminggu. Selepas tu, aku rasa susu aku tak cukup & ditambah dengan susu formula. Malangnya bila dia dah kenal botol (formula), dia dah tak nak direct dengan aku. Yer, aku ada masalah ‘teknikal’ kot yang membuatkan puting botol susu lagi menarik buat dia. Akhirnya, Faiq terus minum formula sahaja sampai 4 tahun. Poor son, tak dapat kebaikan breastmilk (BM).
 
Bila pregnantkan Faiha, aku berazam nak bagi Faiha BM. Memandangkan gap 5 tahun Faiq dgn Faiha, banyak ilmu tentang BF ni aku dapat. Tak pasal2 keazaman tu datang dari :
1)  Agama sendiri yang menyuruh (tentu ada sebab yg terbaik).
 
2)  Chinese staff kat Flex dulu gagah mengepam susu kat ofis bila tiba time pam (kalau org cina pun bole, kena aku tak boleh)
 
3)  Kawan2 rajin share ilmu, membuatkan aku teruja nak cuba.
 
4)  Jimatkan poket. Dulu susu faiq seminggu RM70!
 
BF Faiha since day 1. Tapi bila dia ada kuning, aku takut susu tak cukup, aku ada beli formula sebagai backup. Tapi aku tak putus BF jugak, bila aku rasa takde susu, aku bagi formula, tapi adalah lebih kurang 10 kali minum. Lepas tu, terus 100% BF. Bila aku naik kerja, Alhamdulillah stok ada untuk Faiha. Tapi tak banyak macam orang lain yang penuh peti ais. Cukuplah untuk Faiha kenyang sepanjang aku pergi kerja. Tapi apa yang tak "menariknya", bila Faiha da kerap minum susu yang diperah a.k.a Express Breast Milk (EBM) dari botol susu, Faiha da lagi selesa macamtu. Makin hari makin dia tak nak direct BF dengan aku. Sampai satu tahap, dia menangis tak nak direct langsung. So, sejak tu, aku pun bagi EBM je kat Faiha. Sampai Faiha da masuk 8bulan ni, rasanya da hampir 5 bulan dia tak direct feeding dari aku. Tapi Alhamdulillah, susu untuk Faiha tetap ada bila aku pump, and Alhamdulillah cukup untuk stok selama aku pergi kerja or outing. Kadang2 rasa senang bila bagi EBM je, senang nak pergi mana2, asalkan ada stok utk Faiha. Tapi dalam masa yang sama, rindu nak Faiha direct feeding dari aku masa dalam pantang 2 bulan dia 99% direct feeding. Takpelah Faiha, janji Faiha minum susu ibu kan.
 
Ok. Aku nak share sikit pasal EBM ni. Bila Faiha jadi ‘pengguna’ EBM tegar, satu2nya cara aku nak keluarkan susu adalah dengan BM pump. Takde direct feeding, yang cabarannya adalah, tiada rangsangan kulit ke kulit  untuk bagi isyarat pada otak untuk badan ‘produce’ susu. Rangsangan hanya datang dari pump, yang mana mungkin ada kurang pada kuantiti susu yang di ‘produce’. Jadi, aku kena kerap pump, cabarannya sakit jugaklah nipple bila di’paksa’ keluarkan susu macam tu instead of Faiha direct feed yang tak sakit langsung (of course sbb dia belum ada gigi). Tapi cabaran2 tu makin buatkan aku nak bagi selama yg boleh, selagi ada.
 
Antara tips untuk ‘handle’ EBM :
1.       Syarat utama, kena ada pump. Manual or electric, single or double. Harga depends pada brand, quality & jenama. Nak cakap pasal pump pun boleh jadi sehari tak habis ;). Aku & BM pump tak dapat dipisahkan sampai sekarang. Ke hulur ke hilir angkut ;)
 
2.       EBM boleh disimpan dalam botol susu atau plastic simpanan susu (untuk simpanan susu yg banyak)
 
3.       Lepas pump (hasilnya depends pada berapa  jam gap dari previous pump session), aku akan terus divide to 2oz portion untuk Faiha sekali minum. Memang ada masa Faiha minum lebih dari 2oz, tapi tak de masalah pun, boleh ambil atu botol lagi. Tujuan letak sikit2 portion adalah untuk meminimakan EBM yg mungkin akan terbuang.
4.       EBM dalam suhu bilik mampu bertahan 5 jam. EBM dikatakan 'sukar' mengundang bakteria, cuma dikhuatiri puting botol yang mungkin mengandungi bakteria.
 
5.        EBM yang disimpan dalam peti sejuk tengah mampu bertahan 4 hari (lebih 4 sebenarnya, tapi sebaiknya diminum dalam 4 hari).
 
6.       EBM yang disimpan dalam peti sejuk atas (beku) mampu bertahan 30hari. EBM yang dah dikeluarkan dari peti sejuk beku tak boleh dibekukan lagi bila dah cair. Sebab khasiatnya dah berkurang.
 
7.       Contoh: EBM disimpan dalam peti sejuk atas (beku), tapi bila nak guna untuk esok, keluarkan dari peti sejuk atas & letak kat peti sejuk tengah (or bawah). EBM yang dari peti sejuk atas (beku) bila dia dah berubah suhu (cair), kena habiskan dalam masa 24 jam. So, Cuma keluakan susu dari peti sejuk atas (beku) bila betul2 nak minum dalam masa 24 jam.
 
8.       Untuk panaskan EBM yg baru dikeluarkan dari peti sejuk tengah, rendam dalam air suam, bukan air panas 100darjah celcius. Nanti rosakkan kualiti susu. Or kalau ada yang beli bottle warmer, lagi senang. Sekarang, ada bottle warmer yg boleh digunakan dalam kereta, boleh cari kat kedai baby. 
 
9.       EBM yang dah direndam air suam / dipanaskan tak boleh direndam/dipanaskan lagi. Panaskan sekali sahaja sebab khasiatnya dah berkurang.
 
10.   Jangan goncang EBM macam kita bancuh susu formula tu, sebab ia akan merosakkan struktur & khasiat EBM. 
 
11.   EBM yang dah diminum, perlu dihabiskan dalam masa 3 jam.
 
12.   Untuk bawa stok EBM bila keluar rumah etc, masukkan EBM dalam cooler bag berisi ice packs. Digalakkan bawak ice packs semaksimum mungkin untuk mengekalkan suhu EBM. Kebiasaannya, cooler bag berisi 3 ice packs mampu mengekalkan suhu EBM dalam masa maksimum  7 -8 jam. Selalunya cooler bag akan dijual sekali dengan ice packs dekat kedai baby.
 
13.   Untuk sesi pump kat ofis, kalau takde peti ais kat ofis, boleh simpan EBM dalam cooler bag berisi ice pax, sama macam tips no 12. Kalau ada peti ais, lepas pump simpan kat peti ais tengah or bawah (jgn peti sejuk atas), and bila nak balik, masukkan dalam cooler bag berisi ice packs. Bila sampai rumah, terus simpan dalam peti ais (mana2 ikut bila nak guna).
 
 
Semoga bermanfaat!
 
 
 
*Entry ini ditaip 4 bulan lepas, sekarang Faiha dah setahun dua bulan ;)) *
 
 
 
 
 
 
 
 

3 comments:

  1. proud of u yus!!
    congrats..walaupun byk cbrn tp tetap kuat semangat..
    xpelah yg jadi EP mom..yg pnting faiha ttap dpt hak die n dpt khasiat susu ibu..

    ReplyDelete
  2. oucchh....terima kasih atas tunjuk ajarmu sifu !!!

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah :)
    Semoga kita semua tabah utk BF anak2 kita sampai "cukup umur" ye
    Hehe

    ReplyDelete