Tuesday, June 22, 2010

the unplanned visit to segamat

Selalunya ijal memang tak rancang awal-awal untuk balik kampung beliau di Kukup. Petang nak balik, pagi baru cakap. Sabtu lepas, macam tu juga la. Lepas Asar kami gerak ke sana. Sampai sana, rumah kosong. Tanya saudara sebelah rumah, mereka semua pergi ke Felda Redong, ke rumah makcik Ijal (adik kepada arwah ibu beliau). Dengan tak semena-mena Ijal terus jer ajak pergi sana. Waahh suka hati.. aku pernah pergi sekali, a month lepas kahwin tahun 2008, & time tu aku sangat sakit pinggang sangat2, tak habis2 loya & sangat2 keletihan, sebab perjalanannya sangat lama. Rupa-rupanya time tu aku tak tau aku dah pregnant. Tapi segala sindrom tu masih aku ingat, sampai aku rasa serik tak nak pergi sana lagi, sebab jauh.

Bila Ijal ajak, aku nak taknak. Lama-lama aku on je laa sebab Faiq pun tak pernah pergi sana. Rumah nenek dia juga, bukan orang lain. Then aku suggest ajak adik Ijal, Ayu untuk pergi sama-sama. Maka bermulalah journey kami ke Segamat selepas Magrib. Hurm macam biasa, Faiq dengan rutin jalan jauh sikit, mesti muntah.. Baru sampai kat Benut, belum masuk highway da muntah. Terpaksa lah berhenti utk tukar baju dia & aku yg penuh dimuntahkannya. Kami sampai Felda Redong dalam pukul 11pm. Mak Mon (makcik ijal itu), menghidangkan ubi rebus + sambal tumis + air kopi kaww.. pergh layan.. Faiq da selamat tidur..

Esok pagi nya, Faiq bangun, dia pelik, dia ada kat mana. Dia perhatikan sekeliling, memang asing laa bagi dia sebab baru 1st time berada kat situ. Sejukk sangat kat situ pagi2. Kawasan kampung kan. Best je. Lepas tu Faiq da teruja tengok ramai kids, tanah lapang untuk bermain, ada buaian kat bawah pokok, basikal & yg paling dia excited, join budak2 main guli.. haha takde chance diorang nak main dengan sempurna kalau Faiq join.


Kami seramai 3 keluarga kemudiannya pergi kolam air panas kat Labis. Pergh memang panas sangat airnya. Tak berani aku nak mandi. Faiq pun taknak, panas tu.. Then, pergi pula air terjun kat Hutan Lipur Tekah Melur, sehala dengan lokasi air panas, cuma agak ke dalam sikit. Memang best. Air sejuk kan hihi. Faiq 1st time mandi air terjun, tapi dia memang tahan la.. orang lain da menggigil, dia steady je nak berenang lagi. Cuma tak bawa dia punya pelampung, mana la tau nak pegi sini kan.

Lepas makan2, Faiq makan banyak sebab lapar mandi lama agaknya, kami pun bergerak balik rumah Mak Mon. Lepas Asar kami bergerak balik ke Pontian. Semua da tertidur kepenatan dalam kereta, ijal je la driver tak tidur hihih.. Nasib baik Faiq tak muntah on the way balik ni sebab dia pulun tidurr jee sepanjang jalan.

Yang pasti kali ni, trip ke Felda Redong tidak menyakitkan pinggang or meloyakan aku ;)

No comments:

Post a Comment