Friday, November 21, 2014

Tulislah...


www.tooft.com
 
Dapat ilmu dari ustazah Norhafizah Musa, apa yg kita tuliskan mungkin mampu memberi sedikit ilmu / pengajaran kepada orang lain.

So, tak kisahlah kita nak tulis tentang apa, mungkin ada manfaat pada yang membacanya.

Tapi ada perkara yang kita tak patut tulis walaupun niat kita baik, antaranya :

1)      Perkara yang lagha / tak berfaedah

2)      Keburukan / kejahatan yang orang buat pada kita, sebab kita tak patut ingat. Maafkan & lupakan.

3)      Kebaikan kita pada orang. Ikhlaskan & jgn dibanggakan.

Tulis tentang anak2, keluarga mungkin nampak biasa bagi kita yang menulis, tapi pada satu hari jika anak2 baca tulisan kita, pandangan mereka pada kita mungkin berbeza.

Cubalah, rajinlah menulis, yang baik2 insyaAllah. Sebab kalau ada yang mendapat manfaat, insyaAllah pahalanya berpanjangan.

 
So, aku akan padam apa2 yg negative dalam blog ni & cuba kekalkan momentum positif ;)

Monday, September 22, 2014

BF, BM, EBM

Dulu Faiq cuma breastfeed (BF) dengan aku dalam lebih kurang seminggu. Selepas tu, aku rasa susu aku tak cukup & ditambah dengan susu formula. Malangnya bila dia dah kenal botol (formula), dia dah tak nak direct dengan aku. Yer, aku ada masalah ‘teknikal’ kot yang membuatkan puting botol susu lagi menarik buat dia. Akhirnya, Faiq terus minum formula sahaja sampai 4 tahun. Poor son, tak dapat kebaikan breastmilk (BM).
 
Bila pregnantkan Faiha, aku berazam nak bagi Faiha BM. Memandangkan gap 5 tahun Faiq dgn Faiha, banyak ilmu tentang BF ni aku dapat. Tak pasal2 keazaman tu datang dari :
1)  Agama sendiri yang menyuruh (tentu ada sebab yg terbaik).
 
2)  Chinese staff kat Flex dulu gagah mengepam susu kat ofis bila tiba time pam (kalau org cina pun bole, kena aku tak boleh)
 
3)  Kawan2 rajin share ilmu, membuatkan aku teruja nak cuba.
 
4)  Jimatkan poket. Dulu susu faiq seminggu RM70!
 
BF Faiha since day 1. Tapi bila dia ada kuning, aku takut susu tak cukup, aku ada beli formula sebagai backup. Tapi aku tak putus BF jugak, bila aku rasa takde susu, aku bagi formula, tapi adalah lebih kurang 10 kali minum. Lepas tu, terus 100% BF. Bila aku naik kerja, Alhamdulillah stok ada untuk Faiha. Tapi tak banyak macam orang lain yang penuh peti ais. Cukuplah untuk Faiha kenyang sepanjang aku pergi kerja. Tapi apa yang tak "menariknya", bila Faiha da kerap minum susu yang diperah a.k.a Express Breast Milk (EBM) dari botol susu, Faiha da lagi selesa macamtu. Makin hari makin dia tak nak direct BF dengan aku. Sampai satu tahap, dia menangis tak nak direct langsung. So, sejak tu, aku pun bagi EBM je kat Faiha. Sampai Faiha da masuk 8bulan ni, rasanya da hampir 5 bulan dia tak direct feeding dari aku. Tapi Alhamdulillah, susu untuk Faiha tetap ada bila aku pump, and Alhamdulillah cukup untuk stok selama aku pergi kerja or outing. Kadang2 rasa senang bila bagi EBM je, senang nak pergi mana2, asalkan ada stok utk Faiha. Tapi dalam masa yang sama, rindu nak Faiha direct feeding dari aku masa dalam pantang 2 bulan dia 99% direct feeding. Takpelah Faiha, janji Faiha minum susu ibu kan.
 
Ok. Aku nak share sikit pasal EBM ni. Bila Faiha jadi ‘pengguna’ EBM tegar, satu2nya cara aku nak keluarkan susu adalah dengan BM pump. Takde direct feeding, yang cabarannya adalah, tiada rangsangan kulit ke kulit  untuk bagi isyarat pada otak untuk badan ‘produce’ susu. Rangsangan hanya datang dari pump, yang mana mungkin ada kurang pada kuantiti susu yang di ‘produce’. Jadi, aku kena kerap pump, cabarannya sakit jugaklah nipple bila di’paksa’ keluarkan susu macam tu instead of Faiha direct feed yang tak sakit langsung (of course sbb dia belum ada gigi). Tapi cabaran2 tu makin buatkan aku nak bagi selama yg boleh, selagi ada.
 
Antara tips untuk ‘handle’ EBM :
1.       Syarat utama, kena ada pump. Manual or electric, single or double. Harga depends pada brand, quality & jenama. Nak cakap pasal pump pun boleh jadi sehari tak habis ;). Aku & BM pump tak dapat dipisahkan sampai sekarang. Ke hulur ke hilir angkut ;)
 
2.       EBM boleh disimpan dalam botol susu atau plastic simpanan susu (untuk simpanan susu yg banyak)
 
3.       Lepas pump (hasilnya depends pada berapa  jam gap dari previous pump session), aku akan terus divide to 2oz portion untuk Faiha sekali minum. Memang ada masa Faiha minum lebih dari 2oz, tapi tak de masalah pun, boleh ambil atu botol lagi. Tujuan letak sikit2 portion adalah untuk meminimakan EBM yg mungkin akan terbuang.
4.       EBM dalam suhu bilik mampu bertahan 5 jam. EBM dikatakan 'sukar' mengundang bakteria, cuma dikhuatiri puting botol yang mungkin mengandungi bakteria.
 
5.        EBM yang disimpan dalam peti sejuk tengah mampu bertahan 4 hari (lebih 4 sebenarnya, tapi sebaiknya diminum dalam 4 hari).
 
6.       EBM yang disimpan dalam peti sejuk atas (beku) mampu bertahan 30hari. EBM yang dah dikeluarkan dari peti sejuk beku tak boleh dibekukan lagi bila dah cair. Sebab khasiatnya dah berkurang.
 
7.       Contoh: EBM disimpan dalam peti sejuk atas (beku), tapi bila nak guna untuk esok, keluarkan dari peti sejuk atas & letak kat peti sejuk tengah (or bawah). EBM yang dari peti sejuk atas (beku) bila dia dah berubah suhu (cair), kena habiskan dalam masa 24 jam. So, Cuma keluakan susu dari peti sejuk atas (beku) bila betul2 nak minum dalam masa 24 jam.
 
8.       Untuk panaskan EBM yg baru dikeluarkan dari peti sejuk tengah, rendam dalam air suam, bukan air panas 100darjah celcius. Nanti rosakkan kualiti susu. Or kalau ada yang beli bottle warmer, lagi senang. Sekarang, ada bottle warmer yg boleh digunakan dalam kereta, boleh cari kat kedai baby. 
 
9.       EBM yang dah direndam air suam / dipanaskan tak boleh direndam/dipanaskan lagi. Panaskan sekali sahaja sebab khasiatnya dah berkurang.
 
10.   Jangan goncang EBM macam kita bancuh susu formula tu, sebab ia akan merosakkan struktur & khasiat EBM. 
 
11.   EBM yang dah diminum, perlu dihabiskan dalam masa 3 jam.
 
12.   Untuk bawa stok EBM bila keluar rumah etc, masukkan EBM dalam cooler bag berisi ice packs. Digalakkan bawak ice packs semaksimum mungkin untuk mengekalkan suhu EBM. Kebiasaannya, cooler bag berisi 3 ice packs mampu mengekalkan suhu EBM dalam masa maksimum  7 -8 jam. Selalunya cooler bag akan dijual sekali dengan ice packs dekat kedai baby.
 
13.   Untuk sesi pump kat ofis, kalau takde peti ais kat ofis, boleh simpan EBM dalam cooler bag berisi ice pax, sama macam tips no 12. Kalau ada peti ais, lepas pump simpan kat peti ais tengah or bawah (jgn peti sejuk atas), and bila nak balik, masukkan dalam cooler bag berisi ice packs. Bila sampai rumah, terus simpan dalam peti ais (mana2 ikut bila nak guna).
 
 
Semoga bermanfaat!
 
 
 
*Entry ini ditaip 4 bulan lepas, sekarang Faiha dah setahun dua bulan ;)) *
 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, May 14, 2014

Selamat Datang Faiha Nurdini!

It’s not the first day of her, but it is her 9th plus month! Faiha was born on 30 July 2013, at HSA. Weighted as 3kg, Alhamdulillah she was born healthy & she is the most beautiful baby after Faiq ;)
Ok, nak cerita pasal pengalaman pregnant & bersalin kali kedua. Sama macam masa pregnant time Faiq, Alhamdulillah takde alahan langsung, cuma ada beberapa kes tak sihat sepanjang pregnancy; demam, batuk, ada kuman dalam darah, chicken pox & the worst high blood pressure when it came to the end weeks of the pregnancy. Bila sampai tempoh checkup minggu ke 38, time kat ofis sebelum balik utk pergi klinik petang tu, aku cakap kat Azam my immediate superior yg juga kawan dari diploma sampai degree... Ckp kat Azam aku ada instinct ntah2 sama nanti macam Faiq dulu, dtg checkup biasa tapi doctor terus suruh admit harini jugak. Tup2 petang tu lepas jumpa Doc Klinik Kesihatan Pekan Nanas, betul lah instinct aku, checkup biasa tu dah jadi luarbiasa bila doctor suruh aku admit ke HSA haritu juga, & kena bersalin kalau boleh esok juga. Tapi mengenangkan belum 100% ready, minta nego nak masuk hospital esok (i am a buyer, i am good at nego haha). Reason kena admit sama macam time Faiq dulu, high blood pressure, Cuma bezanya Faiq dulu memang lagi 2 hari nak  due date yg aku diarahkan utk admit. Tapi Faiha ni awal 2 minggu, & doctor kata baby dah cukup matang dalam week 38 & should be ok to be born at the age. Tapi macamanapun, doctor sebolehnya suruh cuba bersalin normal (Faiq dulu Ceaser), & cara yg mungkin akan dilakukan kat HSA nanti adalah induce.
 
 
26 July 2014, Wad Bersalin Kelas 1, HSA JB. Seorang 1 bilik, condition comfortable.

1st day masuk wad, masih berpuasa Ramadhan (lebih kurang 10hari nak raya) & xde apa2 procedure dilakukan lagi.  Esok pagi, doctor pakar brief pasal apa, kenapa, macamana induce akan dilakukan. Dengar briefing tu macam ok je procedure tu. Then ubat induce (macam kulit kayu manis) dimasukkan kat bawah  memang tak rasa apa pun. Dalam pukul 2pm, aku mintak doctor check sebab aku rasa macam benda tu dah jatuh time buang air. Yes, skali check, mmg alat tu dah tak ada & dia check jalan mmg belum buka langsung. So, kena tunggu untuk next session yg sama esok. Duduk dalam wad, xde buat apa, tgk tv, tido, makan (arghh ruginya tak boleh puasa sbb those procedure) then nurse dtg check BP frequently, bagi makan ubat, check jantung baby erh..mmg bosan. Then esoknya, procedure yg sama, masukkan ubat time awal pagi & doctor cakap ubat tu kena ada dalam tu at least few hours, and aku perasan ubat tu jatuh time petang time nak buang air. Routine yg sama dgn semalam & stay lagi dalam wad. Esok paginya, doctor check jalan, baru buka 1 cm (maybe hasil ubat semalam). Then, masukkan ubat induce lagi & tunggu. Boring. Masih takda tanda2 nak bersalin. Esoknya results bukaan rahim 2cm. Masih belum memadai untuk bersalin (which is at least 7cm). Penantian memang 1 penyiksaan. Procedure yg sama dibuat utk kali ke3 esoknya and yang paling tak best, aku jadi bahan eksperimen utk sekumpulan doktor2 pelatih masa doctor senior tu nak masukkan ubat tu kat bawah. Malu nya jgn cakap ar..  Oh procedure ni cuma boleh buat sehari sekali sebab tu kena sabar menunggu hari demi hari. Akhirnya malam tu, doctor pakar cakap maybe aku boleh bersalin esok, so labour room untuk aku dah dibooking utk aku masuk seawal mungkin. Kena booking, or else mmg tak de lah bilik nak bersalin.
Esok paginya dalam kul 7 lebih, aku di bawa ke labour room, masih cool kot, tak suspen sgt mcm time Faiq dulu. Dalam labour room, doctor pakar yg pertama dtg check & dia recommend aku utk ambil epidural . Lepas a short briefing pasal epidural, aku setuju untuk ambil. Baca & sign documents, pakar bius datang & bermulalah proses memasukkan epidural ke dalam saraf2 badan aku melalui tiub yg dicucuk kat saraf tunjang belakang aku (luckily i couldn’t see the needle used at my lower back!).  Lepas 2,3  minit dimasukkan ubat, rasa sejuk je urat2 saraf kat belakang aku, the sign that the epidural was working good. Then doktor  kejap2 datang check kat bawah nak tgk jalan buka brapa cm, hurm tak ingat dah brapa kali. After few hours, doctor pecahkan air ketuban. Dah hampir separuh hari, jalan baru buka 4 cm. And i knew it still a long way to go, fheww. Thanks to epidural, i didn’t feel any pain at all. Rasa mengantuk & very comfortable, sedangkan contraction kuat sedang berlaku. Aku sgt impressed dengan epidural, regardless apa kesannya. Why didn’t they introduce this during Faiq’s time? Mungkin belum ada kot i guess. Baring dalam labour room dalam keadaan mamai & mengantuk sepanjang siang, jejak ke  waktu maghrib. Air banyak keluar, sampai aku request nak tukar kertas alas yang dah lencun. Nurse yang berkhidmat sepanjang aku dalam labour room Alhamdulillah sangat baik.
Jalan masih 4cm. Doktor pakar kata aku memang tak boleh buka jalan lagi, and since aku ada kes operation yg 1st dulu, so tak boleh tunggu lama lebih dari 8 jam. So i need to be operated. Hurm..perasaan aku..ok rasanya..aku dah sedia, & sikit lega sebab ia akan berakhir tak lama lagi. Baby akan keluar tak lama lagi (dgn selamat of course!) Tapi, masih sama macam time Faiq, kes ibu2 yang urgent didahulukan untuk ke Operation Theater (OT) i.e baby dah lemas etc. Kes aku yg masih boleh menunggu, kena tunggu sampai OT available. Dalam masa yg sama, ada sorang Doc cina  tanya, lepas ni nak anak lagi ke, kalau tak nak, boleh ikat sekali time operate nanti. Aku tak boleh nak fikir & buat keputusan masa tu juga. Tengah2 aku fikir, seorang Doc perempuan melayu datang, dia cakap tak payah lah ikat dulu, boleh beranak lagi 1 dia cakap. Aku pun setuju dengan cadangan bernas tersebut. Dan akhirnya dalam dekat pukul 9pm (sama macam time Faiq jugak), aku disorong ke OT.
Dalam OT, pakar bius  cuma tambah dos epidural dalam tiub yang memang sedia pasang kat belakang aku utk proses operation tu. Keadaan OT agak riuh (tak taulah kenapa ramai sgt staff kat OT tu, time Faiq tu x de org pun). Aku sempat tanya kat pakar bius (Chinese girl) tu kenapa korg semua macam kelam kabut & riuh rendah. Dia kata, ramai lagi yg masih menunggu nak  di-operate, sedangkan time tu dah pukul berapa kan. Gitu rupanya. Bila aku dah terlantar, dah ada kain dipasang depan aku (tak kasi tengok proses yang berlaku)   & nurse dah ready kan semua yang patut, surgeon (Chinese guy) pun datang untuk start operation. Macam-macam yang aku baca dalam hati. TIpu lah kalau tak nervous tapi taklah mcm time Faiq dulu.
 
pic credit to Dr. Akilah El

 
Time dia belah 1st layer tu mmg rasa yer pisau nya memotong. Rasa seriau & ngilu sikit. Pakar bius yang remain stay kat sebelah kanan kepala aku, dia nampak aku punya reaksi muka & dia cakap, jangan fikir focus kat situ, fikir benda lain. Wah boleh pulakk kan.  Mungkin epidural ni  tak sekuat ubat bius separuh badan yg dia bagi macam time operate Faiq dulu. Then dia tambah lagi dos epidural & dia bagi gas suruh aku sedut supaya aku tidur. Tapi kenapa ntah, aku tak boleh nak tidur. Mata aku pejam, tapi aku dengar semua benda yg berlaku. Sampai lah aku dengar suara Faiha nangis and pakar bius tu cakap kat telinga aku, bbay dah keluar yer. Argh tak sabar aku. Aku terus buka mata, aku tengok jam kat dinding dekat ngan aku tu dalam 9.40pm (sama macam time Faiq!). Tak lama pastu, nurse datang bawak Faiha dia suruh tengok baby apa, & time tu xde perasaan lain selain rasa terima kasih pada Allah. Alhamdulillah. Dalam hati aku, arr Faiq perempuan! ;)
 
pic credit to Dr.Zubaidi

Lepas dah settle dalam OT, aku disorong ke ruang depan OT, sederet dengan 5,6 pesakit2 lain yg lepas di operate. Sebelah aku, seorang budak perempuan maybe dalam darjah 4,5, bila dia sedar dari tidur, mungkin dia rasa sakit lepas operation, dia nangis tersedu2 & nurse,doctor dtg tenangkan dia. Kesian, operate apa agaknya dia. Hurm. Lama aku terkebil2, makin lama sikit2 aku rasa sakit, rasa macam ubat bius dah hilang kesan sikit demi sikit. Aku panggil nurse, nurse panggil pakar bius. Pakar bius tanya, dari skala 1-10 berapa sakit nya. Aku cakap, 7!. Dia mcm terkejut, sbb sakit sangat tu bagi dia. & dia tambah lagi dos epidural kat tiub & dia kata, aku akan rilex sampai esok pagi. Fuhh lega bila dah tak rasa. Ngeri rasanya nak rasa sakit tu. Tak lama pastu, aku disorong balik ke wad. Faiha tidur dengan nurse malam tu. Aku ingat nak berehat, tapi tak boleh pun lah. Macam2 perasaan kan..  2 hari lepas tu Alhamudlillah kami dibenarkan balik.
 
pic taken at 31 July 2014, 12 am. 2 hours after she was born.
 
 
31 July 2014, 3pm, day 2 (this is the pic of the year!)




1 Aug 2014, 12noon, day 3, about to discharge. Dapat duit raya dari MAIJ!
 
 
 
2 Aug 2014, 5pm, day 4. Home sweet home. My best birthday present ever! 
 

Dugaan seterusnya, Faiha kena kuning, agak tinggi; 14. Dah kena masuk wad hospital pontian. Serik, pls lah kalau boleh tak nak lagi. Sebabnya aku dah  la lepas operation, kena jaga Faiha sorang2, tak boleh banyak gerak sebab masih sakit, n segala2nya mmg tak best. Argh sampai terbuka sikit tempat operate kat hujung tu. Nurse kat wad tu memang sangat tak membantu, malah menyakitkan hati. Diorg dah buat tangan Faiha bengkak & buat Faiha menangis sepanjang malam sebab ada nurse tu pasang drip masukkan air kat tangan Faiha tak betul. Air tak jalan, bengkak macam nak meletup tangan Faiha jadinya. Adoiilah kesian tgk Faiha nangis tapi nurse tu buat bodoh je & buat muka tak bersalah langsung time buka drip tu. Arghh takpe nurse, doa org teraniaya termakbul kan. Hurm.. Lepas 3 hari 2 malam kat hospital tu (lagi 2 hari nak raya!) Faiha boleh balik, kuning dah turun 12.  Alhamdulillah. Tapi hari2 kena datang klinik untuk monitor kuning dia. Maintain je reading dia & lebih malang lagi bila menaik lagi beberapa hari lepas tu. Sampai doctor kata esok kalau naik lagi kena masuk wad lagi. Alhamdulillah esoknya check, turun 0.01 (it was so close!). Tapi doctor ambil sampel darah Faiha 1 tiub untuk buat ujian. Takut Faiha ada liver malfunction. Aku yakin, Faiha sihat, Cuma ambil masa hati dia nak berfungsi betul sebab dia lahir 2 minggu awal. Alhamdulillah teori aku betul, results darah Faiha semua ok. Alhamdulillah, pada hari ke 23, kuning Faiha dah turun 9, which was totally ok. Dugaan betul, tapi Alhamdulillah, pengalaman baru kan. 
3 Aug 2014. Faiha day 5. Under phototherapy treatment @ Hosp. Pontian. Tangan kanan dia tu la yg malamnya sakit sbb air tak jalan ;(



Antara tips untuk turunkan kuning adalah kerapkan menyusu, kejutkan baby utk menyusu sebab baby kuning ni banyak tidur, sebab tu dia kering & kuning tak keluar lalu kencing @ najis. Then, ibu minum susu kambing, makan gula batu, halwa kundur & anggur hijau then susukan baby. Kalau ada air zam2, sapukan dekat bibir baby & selawat la sikit. 

4 Aug 2014. Day 6
Pengalaman lepas bersalin operation time Faiq membuatkan aku lebih ok bila time Faiha ni. Sebab dah tau sakitnya macamana, dah tau rasa jadi ‘OKU’, so banyak benda aku boleh manage well instead of time Faiq yg buatkan aku serik 5 tahun! Hehe..

Jadikan pengalaman yang dilalui sebagai sesuatu yang positif , kan?

Faiha : Wangian dari syurga.
Nurdini : Cahaya agamaku
 

Monday, January 7, 2013

ada apa dengan tahun baru

Seingat aku, satu-satunya tahun yang aku ada azam baru pada tahun baru adalah pada tahun 2011.
Secara tak langsungnya apa yang tak tercapai akan dibawa ke tahun 2012 hehe. Nak share apa antara azam aku pada tahun 2011 :

1) Nak habiskan study on time (masa tu tengah buat master, Alhamdulillah aku grad on time)
2) Nak dapat kerja sejurus habis belajar (Alhamdulillah dapat offer PTP lepas habis exam)
3) Nak beli rumah (Alhamudlillah berjaya beli dalam Januari 2012 setelah usaha survey dalam tahun 2011)
4) Faiq kena diaperless (Alhamdulillah, usaha dari tahun 2011 membawa kejayaan sepenuhnya pada tahun 2012. Good boy!)
5) To get pregnant, since aku stop makan pil perancang since masuk kerja PTP. Alhamdulillah, usaha menampakkan hasil pada hujung tahun 2012 ;)

Tahun 2013 ni, aku tak berniat nak ada apa2 azam. Sebab aku akan frust kalau aku berazam & tak tercapai.

Apa yang menarik untuk diceritakan pada awal-awal tahun ni adalah alam persekolahan Faiq. Hari pertama hantar dia ke tadika memang mencabar. Diikuti dengan hari yang kedua. Hari ketiga kurang sedikit cabarannya. Hari keempat dia semakin baik. Hari ini, hari kelima dia sudah boleh salam cikgu bila sampai, salam aku & melambai aku sebelum aku pergi dan terus pergi duduk kat kerusi dalam kelas. Alhamdulillah, segalanya Allah permudahkan dari hari ke hari, itulah doa aku setiap hari, untuk Faiq menjadi anak cemerlang di dunia & aknirat kerana Allah Taala.

 Tengok buku Faiq dapat, ada 17 buku teks & buku latihan bergambar, 7 buah buku tulis yang coklat, betapa hebatnya kalau Faiq berjaya menguasai apa yang ada dalam buku-buku tu. Buku yang dia dapat termasuklah untuk matapelajaran BM, BI, BA, Math,  Jawi, Asas Al-Quran & Hadis, Peribadi Muslim dan yang aku tak boleh terima Asas Komputer. Tak boleh terima sebab dulu aku kenal komputer masa aku darjah 6 & mengenali part of the computer secara formal masa tingkatan 1. Tak tau nak kesian atau nak kagum, sebab inilah apa yang Faiq perlu lalui untuk dia siapkan diri untuk masa akan datang. Zaman dah berubah.. Phewww..


Update pasal mata kanan aku, rasanya ada sesuatu yang tak selesa berlaku pada pandangan mata kanan aku. Memang lepas operate pun aku tak boleh melihat senormal mata kiri, tapi keadaannya macam semakin tak memberangsangkan. Hasilnya, esok aku kenalah pergi check up dekat HSA, jumpa Anjah lagi. Takut2 ada koyakan yang baru or mana tau yang operate haritu terlerai. Hope esok akan dapat tau apa sebenarnya. Follow up seterusnya dengan Dr.Zabri di Hospital Selayang pada 22 Jan 2013. Wish me luck as well.

Alhamdulillah.. 2013, be good to me, for many reasons and 2012 thanks for the memories.



 

Tuesday, November 20, 2012

nikmat yang ditarik

                                          image : credit to Facebook

Sehari selepas menjalani pembedahan mata, seorang sahabat datang melawat bersama kawan beliau. Dalam perbualan bersama mereka, sempat kawan beliau berkata, "Bila nikmat itu dah ditarik, baru kita hargai nikmat itu, kan?"
Tidak fikir yang beliau memerli, aku senyum dan mengangguk tanda setuju dengan kenyataan itu.

Sebenarnya sudah hampir 4 bulan aku merasai nikmat mata kanan aku ni hilang sedikit demi sedikit. Memandangkan ia berlaku sedikit demi sedikit, aku anggap ia bukan sesuatu yang serius walaupun sedikit sebanyak menggangu aktiviti seharian. Namun, sejak 2 bulan lepas, aku tak berani untuk memandu kereta pada waktu malam, untuk memandu pada siang hari aku gagahkan juga walaupun untuk melihat cermin sisi kanan, aku terpaksa menoleh menggunakan mata kiri sepenuhnya.

Apa yang membuatkan aku tergerak hati untuk menjalani pemeriksaan di klinik adalah apabila aku rasa ia semakin mengganggu dan memberi ketidakselesaan pada vision. Separuh mata kanan aku tak nampak langsung sebab gelap terus dan separuh lagi kabur & objek nampak tertarik ke tengah.

Ketika latihan badminton untuk PTP Sport Day, banyak pukulan dari pihak lawan aku tak dapat nak ambil sebab aku tak dapat mengagak di mana spot sebenar bola itu berada untuk aku pukul. Hasilnya, banyak yang aku pukul angin sahaja, sampaikan kawan-kawan menegur.

Mulanya, aku pergi ke klinik PTP pada suatu hari bekerja. Dr.Geeta mengatakan luaran mata aku nampak normal, tapi dia memerlukan bantuan pakar untuk melihat sebenar keadaan mata aku. Beliau mengarahkan aku ke Hospital Pakar Puteri (PSH) untuk berjumpa Dr.Shahimi secepat mungkin lalu membuat surat rujukan ke PSH.

Keesokan harinya, aku menjadi pelawat pertama ke klinik Dr.Shahimi di tingkat 5 PSH. Hasil pemeriksaan, Dr.Shahimi mengarahkan aku membuat pembedahan mata kanan kerana menurutnya ia kes serius. Aku bertanyakan puncanya, Dr.Shamimi menerangkan dengan panjang lebar. Punca utama ialah rabun jauh tinggi di mana bebola mata lebih panjang dari mata normal. Faktor utama lain adalah kemungkinan pernah berlaku hentakan/tusukan/gegaran kuat akibat kemalangan contohnya. Jelas Dr.Shamimi lagi sambil menunjukkan replika mata yang mengandungi lapisan & saraf yang kompleks, terdapat beberapa saraf retina aku yang koyak dan beberapa yang semakin menipis berpotensi untuk koyak. Di dalam mata kita, terdapat sejenis cecair semulajadi. Disebabkan oleh koyakan-koyakan saraf, cecair tersebut masuk ke dalam lapisan yang menutup titik penglihatan aku. Sebab itu aku nampak separuh gelap dan separuh kabur. Pembedahan harus dilakukan untuk menampal koyakan dan mengurangkan potensi koyakan untuk saraf yang menipis. Namun begitu, beliau bukan surgeon yang layak untuk kes ini, lalu memberi aku dua pilihan; ke hospital HSA JB atau KL kerana cuma terdapat 2 orang pakar untuk kes ini. Aku memilih untuk ke HSA JB kerana lokasi dan Dr.Shahimi membuat surat rujukan untuk pemeriksaan lanjut ke HSA JB dan memberi MC selama 7 hari.

Pada hari yang sama, sejurus itu aku ke HSA JB dan menyerahkan surat kepada kaunter Klinik Mata HSA. Kebetulan doktor yang bertugas adalah sepupu aku, Dr.Anjah. Anjah memang terkejut tengok surat aku dan bergegas mencari aku di ruang menunggu lalu bertanya bermacam-macam soalan. Hasil pemeriksaan, Anjah membuat surat rujukan untuk aku membuat pemeriksaan lanjut di Hospital Selayang kerana surgeon yang dimaksudkan di HSA dalam proses untuk resign dari berkhidmat di HSA. Oleh kerana tiada pilihan lain dan pembedahan harus dibuat, aku akur untuk ke Hospital Selayang selang 4 hari berikutnya.

Di Hospital Selayang, aku berurusan dengan Dr.Zabry. Hasil pemeriksaan dan perbincangan bersama, aku bersetuju untuk menjalani pembedahan selang dua hari berikutnya. Pembedahan yang mengambil masa satu jam itu merupakan detik yang paling bersejarah aku kira, sebab dapat melihat sendiri apa yang dilakukan oleh Dr.Zabry & staff nurse walaupun sedikit kabur. Jarum kecil, besar, gunting, benang, tali dan macam-macam ubat dan mesin bantuan silih berganti di minta oleh Dr.Zabry untuk dihulurkan oleh staff nurse. Kami di dalam operation theater itu berbual mengenai bermacam perkara sepanjang pembedahan itu membuatkan masa berlalu dengan pantas. Sakit, memang sakit. Tapi itulah harga yang perlu dibayar untuk mendapat balik nikmat yang ditarik ini, In Sha Allah.

Alhamdulillah, sekarang aku berada di rumah, dalam masa 30 hari MC yang Dr.Zabry berikan. Anjah pun galakkan aku untuk merehatkan mata secukupnya. Masih rasa sakit dan masih kabur penglihatan mata kanan ni. Tapi apa yang dulu aku nampak gelap, sekarang sudah ada peningkatan, aku boleh nampak cuma kabur dan bukan dalam bentuk yang tepat. Objek kelihatan mengecil dan seakan kemek. Tapi itu sudah cukup bagus berbanding sebelum pembedahan di mana cuma gelap yang aku nampak. Alhamdulillah, walaupun ia mengambil masa untuk pulih sepenuhnya dan power rabun jauh mata kanan makin bertambah.

Ada lagi satu peringkat yang perlu aku lalui. Selepas sebulan, aku perlu kembali ke Dr.Zabry untuk pemeriksaan lanjut. Menurutnya, kalau hasil pemeriksaan menunjukkan positif, pembedahan ini dikira berjaya. Namun sekiranya pemeriksaan menunjukkan sebaliknya, aku perlu menjalani pembedahan ini sekali lagi. Aku  berdoa agar cukuplah satu pembedahan saja. Tolong doakan untuk aku juga.

Walaupun sedikit nikmat ditarik, terlalu banyak nikmat Allah yang aku masih ada dan perolehi. Sokongan keluarga dan kawan-kawan sekerja, semuanya nikmat yang tak mampu diganti sampai bila-bila. Terima Kasih Allah atas ujian ini & Terima Kasih kerana menyedarkan aku untuk terus bersyukur atas segalanya limpahan kurniaMu.

Alhamdulillah. Terima Kasih Allah.

Monday, May 16, 2011

PTP, again

Hari ni 16 Mei 2011, hari terakhir aku berurusan dengan UTM.
Dah submit thesis & forms yang berkaitan. Lepas ni tinggal tunggu results yang lagi 1 subjek je yg belum tahu keputusannya, & slip official keluar. Yang lain, semua dah settle. Alhamdulillah.
Bila Dr.Zaly cakap, 'tahniah', perasaannya sangat puas. Alhamdulillah.
terima kasih pada dr. yang banyak membantu hingga semua selesai.
dialah seorang saja lecturer kami utk semua subjek & juga supervisor utk thesis kami semua.
selain tu ada lagi part time master students, full time & part time phd students yg juga under his supervision, lagi menakjubkan ada student dari universiti lain juga.
Dr.zaly kelihatan penat, tapi dia tetap bersemangat dalam setiap kelas. Dan dia pernah kata, harap2 janganlah Allah 'ambil' dia sekarang ni sebab ramai student master & phd still under his supervision. tengoklah betapa dia pentingkan students dia.

Selepas ni, 18 Mei 2011, hari pertama aku bekerja semula kat Procurement Department, Port of Tanjung Pelepas.
aku tinggalkan PTP in 2007, utk pegi ke Flextronics yg jiran PTP je hehe.. Skrang aku pergi PTP semula..
Masa interview dgn Pn.Zu, boss yg sama masa aku kerja kat sana dulu, dia ckp apa yg dia boleh janjikan adalah stressful environment. Yer aku tau tu. Dulu itulah yg aku blajar di PTP, aku takut gak ni, tapi aku rasa aku nak take this challenge. Tapi yg buat aku sedih sikit, ex superior yg dulu ambil aku yg hina ni utk masuk PTP 2006 dah behenti keje, seminggu sebelum aku pegi interview bulan lepas. Ralat juga la. I owe her much. Walaupun dia outspoken, laser, lantang dan semua yg menakutkan, dia tetap seorang yg hati mulia. Hehe. So skrg aku kembali, bekerja semula satu ofis dengan azam, kawan dari Uitm lagi. Dia juga lah yg call suh aku try interview. Dia kata aku dah pernah buat kerja ni dulu, dah tau system, should be senang.. hurm maybe la jugak, tapi aku tetap nervous. Dulu aku bole bagi 100% komitmen. Tak pernah aku balik sharp 5.30 ptg. Paling awal kul 6. Kadang aku dtg seawal 7.15am. Kerja sampai 12 tgh malam pun boleh. Hari2 buka posa kat ofis pun tak pe. Sabtu datang kerja pun aku rela. Tapi dulu aku bujang. Sekrang dah lain. Aku rasa nak tunggu sampai kul 6 or 6.30 ptg pun dah risau. Tapi itulah kerja kat procurement ptp. Mampukah aku.. Memandangkan kerja yg dioffer adalah setahun kontrak (time interview kata permanent, then call kate kontrak pulakk), aku accept je sementara tak de kerja. Kalau aku boleh handle kerja, & mereka tak kisah dengan aku punya komitment lain, mungkin boleh teruskan kalo mereka offer permanent setahun akan dtg..

Apa yang aku harapkan cuma Allah membantu aku dalam mempermudahkan semua urusan..

Kawan2 di Flex, kita boleh lunch sama yerk!

Thursday, May 12, 2011

H.A.P.P.Y.


10 May 2011 was the day for our MSc viva voce.
Aku, Khairiel, Deo & Wan Zul telah dijadualkan untuk present on research masing-masing.
Giliran aku yang pertama, pukul 9.00 am - 9.30 am.
Seperti aku cuba cool kan diri sendiri. Bila Dr. Zaly tanya aku dah sedia ke, aku jawab ya!
Haha confident, tapi dalam hati nervous nya.
Bila nak start je, Dr.Zaly cakap, kami tak perlu present lama2. 20 minit saja.
Sebab dia dah baca thesis kami, so tak perlu explain lagi. Cuma tekankan pada finding & analysis.
Wah itu sudah bagus, kurang sikit nervous aku.
Alhamdulillah aku bermula dengan baik, dan terus lancar hingga ke akhir presentation.
Tak lama sangat rasanya nak habiskan 20 slides tu. Aku rasa tak nervous sangat dah.
Tak menggigil2 mcm aku present subjek Global haritu.. Mungkin ni sebab present depan Dr.Zaly sorang je, ngn rakan2 presenter yg lain yang sibuk dengan persiapan terakhir sebelum giliran mereka tiba. Takat audience 3 orang, tak perlulah nervous lebih2 kot hehe..
Then question & answer session.
Lega bila Dr.Zaly cakap, " i enjoy reading your thesis".
Hah maksudnya nasib aku baik.
Then ada satu, dua soalan saja..Alhamdulillah aku boleh jawap & Dr.Zaly angguk2 puas hati.
Makin aku lega.
Lepas tu dia bagi suggestion untuk tambah satu point penting. Then aku dengan hati terbuka kata ok, saya akan buat.
Dan itu saja, selesai bahagian aku. Bila aku balik tempat duduk, aku tengok jam laptop, 9.29am.
Hah maksudnya aku sangat on time.. Alhamdulillah..
Tapi yang paling penting, research aku dah lulus!
Gembira dan sangat gembira.. Sebab research ni la yang menjadi ketakutan terbesar bagi kami, kot2 tak lulus research kena repeat lagi kan. alhamdulillah kami ber4 semua lulus dengan perlu buat beberapa pembetulan kecil.
Tak pernah rasa segembira ini..or sebenarnya selega ini.. Perasaan yang lega & yang bebas...

Happiness and balloons
pic credit to elan.typepad.com

Alhamdulillah.
Terima Kasih Allah kerana mengizinkan aku menyempurnakan tugasan ini dari mulanya.
Terima Kasih Allah kerana mengizinkan aku merasai cabarannya.
Terima Kasih Allah kerana memudahkan segala kesulitan.
Terima Kasih Allah kerana mengizinkan aku merasai perasaan gembira ini.
Alhamdulilah